Tapi bila-bila dia boleh 'tumbang'.
Video ni tercut pulak. Diakhir video ni Irfan tido balik, tapi mulut nyonyot gula2 :P.
Tapi bila-bila dia boleh 'tumbang'.
Video ni tercut pulak. Diakhir video ni Irfan tido balik, tapi mulut nyonyot gula2 :P.
Posted by sitinurulhawa Sunday, October 18, 2009 at 9:33 PM
2 comments Labels: irfan
Sungguh bahagia nyai, bulan ni dapat 2 cucu.
SELAMAT DATANG 2 AHLI BARU KELAB BUDAK2 KENIT!!!
Izyan Insyirah 3.4kg, adik kepada Irfan; budak pembuli yang suka merajuk
Gambar ikhsan dari Cik Da. Terima Kasih Cik Da ;)
Mohd Yusuf 4.6kg, adik kepada Fateh; bakal pelari pecut negara
Cik Awa bz giler skrg, tak sempat nak cerita panjang2.. :)
Posted by sitinurulhawa Sunday, October 11, 2009 at 5:57 PM
2 comments Labels: Insyirah, Yusuf
mula2 Nabiha main mee bandung, habiss baju. Mak pun mandikan dah tukar baju lain. Tak sampai 30 minit lepas tu nabiha main kek..
Kalau dah kantoi... Nangis je la... pasti selamat dari kena marah huhu
Posted by sitinurulhawa Sunday, September 27, 2009 at 8:05 PM
5 comments Labels: Nabiha
Balkis bersin-bersin. Air hidung mula mencair.
"Balkis nak makan ubat?" Cik Aa menawarkan khidmat. Balkis buat bodoh tak peduli. Sebenarnya tak mahu makan ubat. Untunglah ayah tak ada (Raya ke3 seluruh keluarga balik ke Ayer Baloi kecuali Balkis, Arif dan Iqbal tinggal di rumah Nyai), kalau tak habislah Balkis kena paksa makan ubat.
"Sakit apa?" Cik Yati berperihatin. "Selsema je.. " Jelas Cik Aa.
"Bukan selsema lah, H1N1!" Balkis yang buat bodoh dari tadi tiba-tiba jadi pandai.
Hishh.. Nauzubillah.. pandai2 je budak ni
Posted by sitinurulhawa Thursday, September 24, 2009 at 2:16 AM
4 comments Labels: Balkis
Saya memberi seikhlas-ikhlas kemaafan dan juga memohon seikhlas-ikhlas kemaafan dari pembaca dan pengunjung yang senyap dah yang nyata :). Selamat menyambut Aidil Fitri dengan harapan, ingatilah Allah ketika kita berhari raya sebagaimana kita mengingatinya ketika kita berpuasa. Semoga Allah lindungi kita dan tawarkan hati kita dari juadah-juadah di telivisyen etc. yang merosakkan roh Aidilfitri. Dan jangan lupa bertakbir sekuat2nya. Pendek sekalikan masa bertakbir AidilFitri ni, jangan lepaskan peluang ini.
Saya doakan semoga semangat Ramadhan sentiasa bersama kita sehinggalah kita bertemunya lagi tahun hadapan, Insyaallah.
Lagu hari raya istimewa untuk kalian.. dari seniman hebat :)
Posted by sitinurulhawa Thursday, September 17, 2009 at 4:21 AM
0 comments Labels: cik awa
Di TV9, Dekattt dihati, Danice Phantom sedang melawan hantu.
Bercahaya muka Effa bila bercerita. "Semalam kita mimpi saljiiii.." Sengih lebar tapi tak berapa nampak gigi sebab Effa rongak. "Best!!! semua orang main salji, Cik Awa pon ada, semua orang ada. Kawan-kawan pon ada. Best!!" Kawan-kawan yang Effa maksudkan ialah troop budak-budak kenit tu la. "Santa Clause! dia pun ada, dia bagi hadiah kat semuaaaaaaa orang. Best!!"
"Erk! Santa Clause? Effa, Santa Clause tu untuk orang Kristian, dia sambut Kristmas, kita orang Islam kita sambut Raya". Effa terdiam berfikir.
"Tapi, Cik Awa pon dapat hadiah masa tu!" Eh.. budak ni terbawak2 dek mimpi. Ingat aku ni sebaya dengan dia ke boleh digula-gulakan? haha. Nampaknya orang Islam khususnya di Malaysia perlu lebih giat hasilkan kartun yang selari dengan budaya dan agama kita. Upin Ipin saja belum cukup.
"Kalau tak ada Santa Clause pon, Effa dapat hadiah jugakan masa hari raya, kan selalu Cik Awa bagi hadiah". Effa diam lagi.
"Cik Awa.." Effa mendekat mahu berbisik, Cik Awa tundukkan kepala. "Nak hadiah Barbie boleh?" Hmmmm.... sabor je la aku dengan budak ni.
"Kanak-kanak memang suka berangan!" Jerit Janice Phantom di TV9, Dekattt dihati.
Effa rasa tersindir. Hahaha
Posted by sitinurulhawa Tuesday, September 15, 2009 at 7:01 PM
4 comments Labels: Effa
HARI KE2 RAMADHAN...
Nisa tak puas hati dengan Im dan Effa yang berleluasa makan sambil lepak2 tengok kartun. Dah banyak kali Cik Awa suruh Im dan Effa makan di dapur, tapi tak endah je dua budak kenit tu. Cik Awa pulak dah penat dengar Nisa mereport, mengeluh, nak tengok tv, tak kuat iman tengok orang makan, nak main geng semua tengah tengok tv. Kesiannn dia.
Entah macammana, sebab nak pujuk Nisa, Cik Awa pun buat perjanjian. RM bagi setiap hari puasa penuh. Cepat-cepat Nisa setuju. Lepas tu dia terus duduk sama2 Im dan Effa, iman jadi kuat serta merta.
SEMINGGU RAMADHAN...
4 budak kenit termasuk 2 yang tak puasa dan sedia mengadap hidangan. Effa puasa sampai petang hari ni. Im langsung tak insaf2.
"Nyai, kalau kita nak puasa 300 hari macammana ek?" Tiba-tiba terpacul soalan dari Nisa. Nyai ketawa je, "Macammana tu nak puasa 300 hari, dah dekat setahun tu!" Nisa diam dengar jawapan Nyai. Tunduk berfikir.
"Kakak nak puasa 300 hari?" Cik Awa rasa tahu macammana dia dapat idea tu. "Errr.. 100 hari je lah.." Nisa jawab lambat-lambat. Hahahaha
.....................
Salah juga konsep upah puasa ni, belum2 budak tu dah kira untung. Patutnya dalam perjanjian haritu kena tekankan, puasa bulan Ramadhan SAHAJA!. Nasib baiklah Nyai tak ajar Nisa yang puasa penuh bulan Ramadhan + 6 hari puasa bulan Syawal = puasa setahun = 360 hari.. Uwaaaa!!! bengkoklah Cik Awa nak bayar.
Posted by sitinurulhawa Sunday, September 13, 2009 at 7:13 PM
5 comments Labels: Nisa
Suatu hari Qayyum(4 tahun) muntah disekolah tadika.
"Kenapa Qayyum muntah kat sekolah tadi?" Tanya emak.
"Kawan Qayyum tu tak gosok gigi, lepas tu asyik cakap-cakap dengan Qayyum". Qayyum menjawab jujur.
Posted by sitinurulhawa Monday, September 07, 2009 at 6:24 PM
6 comments Labels: Qayyum
Kan selalu kita lihat iklan ni di TV
Posted by sitinurulhawa Tuesday, July 07, 2009 at 11:45 PM
1 comments Labels: fateh
Tilam-tilam terbentang di depan TV. Medan gusti yang cukup luas untuk budak-budak kenit. Fateh jatuh terbaring. Imad, Irfan, Im, Syamil, Balkis dan Effa ramai2 keroyok Fateh.
Yah! Yah! Yah! Fateh menepis tangan2 kenit yang cuba menggeletekknya.
Yahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Fateh jerit sekuat hati. Budak-budak kenit lain terus ketawa. Fateh berjaya lepaskan diri.
Posted by sitinurulhawa at 11:42 PM
0 comments Labels: fateh
Cik A baru daapt lesen kereta. Seminggu Cik Awa bercuti, Cik A seronokla berkerta ke sana-sini. Tapi Cik A belum cekap lagi. Nak tukar gear pon kelang kabut saja. Cik A hajat nak pergi rumah Balkis di Pontian. Cik A bawa Irfan sekali.
Irfan yang tak pernah diam tu senyap sunyi saja dalam kereta. Setiap kali Cik A tukar gear dia perhati gerakan kekok Cik A penuh suspen. Cik A bertambah suspen. Irfan mengalahkan pegawai JPJ yang menguji pelajar memandu pulak.
Irfan senyap sunyi. Cik A pon tak berkata apa-apa. Diam-diam Cik A batalkan niat, patah balik ke rumah. Hehehe Irfan guna psikik saja Cik A dah kecut :P
Posted by sitinurulhawa at 11:35 PM
0 comments Labels: irfan
'Statement' paling sengal keluar dari mulut Nisa'
Kesian nyai. Dah tua, tak bolehh kawin lagi
Posted by sitinurulhawa Thursday, May 14, 2009 at 2:52 AM
4 comments Labels: Nisa
nisa - Kita tak pandai cakap jawa tapi kita tau sikit2!
cik awa - iye ke?? cubalah!
nisa - banyu = air; makan = mangan
cik awa - wedang?
nisa - minum (sebenarnya air minuman, kire boleh la)
cik awa - kenyang?
nisa - warek
cik awa - boleh tahan... kejeblos? hahaha
nisa - errrr... jatuh hehehe
hehehehe okeh, kire lulus la tu
Posted by sitinurulhawa Monday, April 27, 2009 at 3:22 AM
7 comments Labels: Nisa
Posted by sitinurulhawa Wednesday, April 01, 2009 at 8:24 PM
6 comments Labels: Imad
"Nak tengok gambo kawan cik awa?" Im menarik perhatian Effa dan Nisa yang baru selesai solat Maghrib. Mereka merapati Im. "Mana?" Tanya Effa. "Ni ha, tak cantik kan?" Im bernada jujur. "Macam Cik Awa je?" Komen Effa. Nisa mengambil kertas tersebut, lalu membaca perlahan-lahan nama pada salinan kad pengenalan yang tercetak pada kertas putih itu.
"Si ti N.U.R.U.L nurul ha wa binti.."
Posted by sitinurulhawa Tuesday, March 24, 2009 at 6:12 PM
7 comments Labels: Effa, Imran, Nisa
Im, sedang tumbuh menjadi lelaki jawa sejati - kebun adalah kecintaannya. Tiap2 Jumaat soalan yang sama dia aju "Ayah, pegi kebun tak besok?"
Posted by sitinurulhawa at 6:07 PM
3 comments Labels: Imran
Cik Awa teringin makan kerang goreng, jadi petang tu sebelum balik ke JB, nyai, Cik Ani, Cik Aip, Im, Nisa, Effa dan Irfan layankan la keinginan Cik Awa tu hehehe terima kasih.. muahhh muahhh
Posted by sitinurulhawa Wednesday, March 11, 2009 at 7:39 PM
5 comments Labels: Effa, Imran, irfan, Nisa
Qayyum, dapat seekor dinosaur. Ayah belikan kat Petrosains. Qayyum memang obsess dengan mainan yang kiut2 macam ni. Siap bawak mandi dan bawak tidur. Bila bangun tidur, dia menjajau cari si kenit tu.
Ariff kata, dinosaur ni kalau rendam dalam air, boleh jadi besar.
Qayyum: Mak, tak boleh letak air sekarang kan? nanti Avanza tak muat (nak balik Johor)
Hehehehe.. gelak je lah semua org. Apa yang Qayyum bayangkan, dinosaur ni akan jadi besar macam yang dia nampak dalam Petrosains tu kot.
Cik Awa: Yum, kalau dinosaur dah besar nanti, Cik Awa nak datang rumah Oyum lah, boleh?
Qayyum: Boleh! nanti ambik gambar tau!
Cik Awa: Nanti Qayyum nak bagi dinosour makan apa?
Qayyum: ..................................... ........................................ ...........................................
................................. ........................... ................................. .............................. ..........................
Cik Awa: Dinosaur makan apa yum?
Qayyum: Er.... dia tak boleh hidup la Cik Awa... ..........................
Keliru betul si Qayyum ni... ekekekeke....
Posted by sitinurulhawa Monday, February 02, 2009 at 10:25 PM
3 comments Labels: Qayyum
Posted by sitinurulhawa Sunday, February 01, 2009 at 3:47 AM
0 comments Labels: Effa, Qayyum
E - Cik Awa, kita ada kawan tau, nama dia Shidi, tapi dia manusia!
A - Ha? memangla manusia, kalau tak apa?
E - Sidi betullah!
A - Ha? tak fahamlah
E - Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi
A - OooooooooooooooooooOOOOOOOOOOOO CD! wakakakaaka
E - Apalah Cik Awa ni, itu pon tak tau!
Ayark... aku plak yang kena. memanglah manusia kena kawan dengan manusia, tak kan kaan dengan CD :P
E - Shidi tu lelaki tau!
A - Itu Cik Awa taula.. kalau Shida baru perempuan..
Eii... budak ni macam la pandai sangat.. ekekekek
Posted by sitinurulhawa at 3:40 AM
0 comments Labels: Effa
Cuti CNY, macam tahun2 lepas.. kami sekeluarga.. ya.. sekeluarga... semua sekali 3 generasi berombongan. Kali ni ke Cameron Highland. Perjalanan baliknya, kami singgah di KL. Ada 2 rancangan sepatutnya. 1) Bawak budak2 kenit ke Petrosains. 2) Mak2 budak nak pi shopping. Tapi plan ke-2 tak tercapai sebab budak2 kenit dah macam2 ragam. Lepas dari Petrosains, terus balik Johor.
Posted by sitinurulhawa Saturday, January 31, 2009 at 11:39 PM
0 comments Labels: semua budak