Emak-emak Balkis

"Cik Awa, Bakis kan sebenarnya kan ada dua emak. Dulu dulu kan Bakiskan bukan duduk dengan emak Maznah. Lepas tu kan, emak Bakis tu kan rumah dia kan dekat sebelah sekolah. Lepas tu kan, Bakis main-main dekan depan rumah kan, lepas tu kan, Bakis kena culik. Lepas tu baru Bakis jadi anak Maznah"

Ketawa besar Cik Awa dengar cerita Balkis, Nisa kebil2 mata, tak berapa faham kot.
Entah apa-apa la imaginasi si Balkis ni. Emak dia lagi satu tu sebenarnya penjaga dia masa kecik-kecik, memang orang tu dah sayang sangat kat dia macam anak sendiri. Sampai jadi anak angkat.

Bila Cik Awa berdua je dengan Nisa, Nisa pun bertanya "Cik Awa, Balkis tu ada dua mak ek? Entah2 ayah dia ada emak lain tak?..."

Hahahaha... manalah budak2 ni dapat idea mengarut ni.. hadoii..

Anak Patung Effa

Effa ada anak patung baru.

"Effa tak takut ke kalau malam-malam anak patung tu hidup?"
"Tak lah, mana ada bateri"


Adoiiii!!! kenapalah masa kecik2 dulu Cik Awa tak tau nak jawab macam tu. Memang percaya je bulat2 orang cakap bila malam anak patung akan bernyawa. Bijak betul Effa :)

Sapa paling pandai baca doa II

"Bismikallahhumma Ahya Wa amut.."

Entah bebera kali dah Balkis baca doa. Tapi masih tak tidur2. Cuitmen cuit dengan Effa, kemudian ketawa

Malam tu rumah nyai tak ada karen.

"Ya Allah, jangan hidup dan jangan mati.. "
"Ha!!" Cik Awa , Cik A, Nyai haa kan Balkis beramai-ramai. Ketawa lagi. Asyik ketawa je, bilalah nak tidur ni.

"Tak hidup, tak mati, pengsan ke?" sapa tah yang tanya Balkis, tapi Balkis buat tak tahu atau memang tak tahu nak jawab.

"Arip yang ajar" Balkis menyandarkan salah pada Arif hehe.

Cik Awa bisik pada Balkis, "Ya Allah dengan namamu aku hidup dan mati". Balkis kumat kamit. Entah mengulang entah mengejek. Balkis lima tahun, dia tak faham maksud doa tu.

"Ya.. Allah, jangan matikan kita dulu ek! Amin!" Balkis meraup muka.

Nikah

Effa beritahu nyai: Mama dengan abah kita nak nikah raya haji ni

Sapa paling pandai baca doa

Black out!

Jadi budak2 kecik pon berhenti main. Masing2 dah terbaring, bersimpang siur atas tilam depan TV. Nyai dan Cik A masih sibuk isi beras dalam kelongsong lontong. Lusa Hari Raya Korban.

"Bismikallah humma ahya wa amut" Balkis baca doa tidur.

Berderailah puji2an utnuk Balkis. Nyai, Cik A, Cik Awa, Abah dan Mama Effa semua tunjuk kagum.

Effa terkebil2 tak puas hati. Effa mana mahu kalah. Effa mesti baca doa yang lebih hebat, yang lebih panjang.

"Allah humma inni a u zubika minal habsi wal habais"

Berderai ketawa Nyai, Cik A, Cik Awa, Abah dan Mama Effa.

- Effa nak tidur kat bilik air ke? hahaha

Apa ada pada nama

Cik awa belikan Iffa, Balkis dan Nisa buku cerita. Sebab buku2nya sama, Cik awa suruhla tuliskan nama supaya tak tertukar. Jom kita tengok macammana diaorg tulis nama


Khairunnisa, 7 tahun
Iffah Izzati, 5 tahunBalkis Zulaikha, 5 tahun

Nisa si Tukang tilik

- Cik awa!
- Ya.
- Kawan kita kata kan, kalau kat tapak tangan ni ada huruf M, orang tu jadi miskin, kalau ada tulis K, jadi kaya.

- Ha? Cuba tengok tangan Cik awa ada apa?
- Errr.. tak nampak pon?

Garangnya Cikgu Effa!

Sebelah kerusi lama tu ada meja solek. Kerusi tu lama. Set sofa pertama yang yai beli. Cik awa ingat org kedai hantar malam2. Waktu tu wak mi dan yai sarmat masih ada bersama kami.

Kerusi seti kayu yang bantalnya empat segi, duduknya sebelah meja solek sekarang. Sebab rumah nyai tinggal separuh, separuh lagi sedang dibaiki.

Effa, panjat kerusi, panjat lagi dan bertapak pada tempat lengan. Menghadap meja solek pada sisi kiri. Tangan kanan berpaut pada tiang meja solek. Tangan kiri mencapai bilah rotan di atas meja solek yang langsung tak ada alat2 solek. Sekarang Effa sama tinggi dengan cermin meja solek.

Tuk! tuk! tuk! hujung rotan bertemu cermin.
"Tengok sini semua!" Effa memulakan lakonan
"Yang belakang tu..." Tangan kiri effa lurus tegak, seolah2 ada orang yang ditunjuk dengan rotan tadi.
"Tengok sini!!" Tuk! tuk! tuk! hujung rotan bertemu cermin lagi.

Cik awa keluar dari bilik. "Amboi! garangya cikgu?"

Balkis belajar erti cinta

Bab 1:
Bila ayah cedukkan lauk emak, Baklis kata, "Ayah tu, cinta mak la tu!"

Bab 2:
Bila nyai tunjukkan gambar pengantin ayah dan emak, Balkis tersengih2, "Oooo.. ayah dengan mak dah jadi pengantin laaa..........". Balkis tak faham kenapa dia tak pernah hadir dalam majlis tu.

Bab 3:
Bila mak panggil "Ayahh!!", Balkis tegur emak, "Mak, mak kan dah kawin dengan ayah, janganla pangil ayah. Mak kenalah panggil abang!"

Riang Ria Raya


Dah beberapa tahun Cik Awa tak bagi hadiah baju. Selagi ada rezeki, Insyaallah kita kongsila bersama-sama. Sikit sama dicecah, banyak sama di lapah.

Malas nak bungkus, ikat je la dgn reben. lagipun nyai kata buat sampah je kalau bungkus pon. budak2 kenit lagi jakun tgk reben2 ni haha

Motor + Kerusi = Loe

Ingat tak iklan ANMUM yang budak2 sambungkan perkataan "BUAH" dan "HATI" jadi "BUAH HATI" (wardina berlakon)

Irfan, pun minum susu yang sama dengan budak dalam iklan tu. Agaknya susu tu ada special ingredients yang boleh buat budak2 bijak sambungkan 2 benda jadi 1 benda. Meh kita ligat apa yang Irfan sambungkan

ya!!! ini dia, ciptaan terbaru Irtfan, motor plastik + kerusi plastik jadilah loe sawit (lori pengangkut kelapa sawit)

jom tengok macammana lori tu bergerak.. (sila abaikan suara latar belakang yang tak terkawal tu hehe)


Kawan Effa berbaju putih - Horror

Satu malam yang entah bila, Effa sekeluarga dalam perlajanan dengan kereta. Effa duduk sorang-sorang dibelakang. Main sorang2.. biasalah, dia memang kuat berimaginasi..

Tiba2 Effa ketawa dengan kuatnya..

"Effa ketawa dengan sapa tu?" tanya mama (kak mala) dari tempat duduk depan.
"Kawan Effa", effa selamba
"Mana? " mama menduga
"Sebelah Effa", masih selamba
"Kawan Effa pakai baju apa?" mama konon nak usik Effa, abah (abg abu) gelak2 kecil.
"Putih..."

Mama dan abah terus diam. Abah jeling cermin pandang beakang, nampak biasa je. Abah buat-buat cool dan terus memandu. Dalam hati tuhan je yang tahu.

Tukang kayu atau penjual air?

-bila besar kakak (nisa) nak jadi apa?

-cikgu!

-im?

-kita nak jadi macam ayah je, buat kerja kayu

-bagus! nanti im buat kilang besar2 ya! ramaaaiii orang kerja dengan im, barulah boss!

-ala.. bengkel ayah tu kan boleh sambung je! sambung sampai besar nanti kita jual air kat depan

-ha? jual air?

-kalau ayah haus, ayah beli dengan kita, orang-orang kerja situ semua beli dengan kita!


confuse betul budak ni, nak jadi tukang kayu ke penjual air sebenarnya dia ni? hmmm

Budak kenit promo

promo ni ada kat http://limatahun.blogspot.com

Animated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.Com
Animated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.Com

Qayyum dan Squidward



Kakak berkira-kira ikan mana yang mahu dibeli. Qayyum berkitar-kitar sekeliling.

"Mak, beli Squidward!" Pinta Qayyum. Sebelah tangannya memegang seekor "squidward".

SELAMAT HARI RAYA!!!

Photobucket

RORI atau LORI

im: kak, macammana eja rori?

nisa': R.O RO R.I RI RORI!

suara latar: oit... lorilah! bukan rori!

im: kak, macammana eja lori?

nisa': L.O LO R.I RI LORI!


nisa' umpama komputer, ko salah masukkan entry, ko dapat salah result. hahaha

Kuang kuang kuang... effa kantoii

Perjalanan pergi..

Kami melalui satu kawasan pembinaan sebelum memasuki Bandar Batu Pahat

"Ini sekolah cik zura tau! tapi belum siap lagi!" iye iye je Effa ni

Im buat tak layan

...................................................

Perjalanan pulang...

Kami melalui satu kawasan pembinaan sejurus keluar dari Bandar Batu Pahat

"Ini sekolah cik zura tau! tapi belum siap lagi!" Effa memang suka menunjuk-nunjuk entah apa2. Im tetap buat tak layan

"Ini nak buat kedailah Effa, bukan sekolah" Cik Awa bersuara tapi tak toleh pon pada Effa sebab sedang memegang stereng.

Tiba2 Im pulak yang berbunyi, "KUANG KUANG KUANGGGGG........."

pecah perut Cik Awa, Cik Ani, Nyai dan Nisa. Tak sangak pulak Im bagi respond macam tu haha

Zaman dah berubah, dunia dah maju!

Cik Awa memandu. Arif dan Iqbal, penumpang depan. Effa, Balkis & Qayyum penumpang belakang.

Kami melewati simpang baroh Kg Parit Tengah. Ada rumah dipenjuru simpang. Tuan rumah, seorang apek, bersantai2 tak berbaju didepan rumahnya.

"eii!! tak malu!" jerit Ariff.
"Zaman dah berubah, dunia dah maju..." selamba Iqbal beri komen.

kemudian Iqbal dan Ariff pon melakonkan drama radio. Sebijik-bijik dialog dalam iklan tu diaorg hafal


hai.. pengaruh iklan betul budak2 ni

Al kisah tikus kecik dan tikus gemuk

Effa dan Cik abu sedang mengemas bilik mereka. Dah 5 tahun effa guna bilik tu sejak dia lahir. Macam2 barang ada.

"Baik-baik effa, ada tikus tau!"
"Ada tikus! mana?" effa jadi teruja pulak, entah takut entah suka.
"Tu! tikus kecik!" cik abu tunjuk dengan mulut. Arah effa
"KO LAH TIKUS GEMUK!!!" effa balas ejekan cik abu. Marah sekali.


wohoo effa.. ko ni ko ko je cakap ngan abah ko.. tah pape tikus kecik ni hahaha

Rindu budak2 kenit

Sekarang jarang2 kita dapat jumpa. Cik Awa selalu rindu dengan budak-budak kenit. Blog ni, pon, dah lama tak berusik. Sebab rindu Cik Awa nak mulakan semula. Ini azam ramadhan, semoga sesiapa yg datang ke blog ni doakan kenit2 sekalian jadi anak soleh dan solehah dan jadi warga berguna.Aminn

Wonder Pet!



Wonder Pet! wonder Pet! Kami datang
Membantu haiwan yang kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila kerjasama, semua jadi mudah
Wonder Pet, YEAY!!!

Biar betul!

Last post dec 2007! teruk betul cik awa ni