Budak paling susah nak tido

Tapi bila-bila dia boleh 'tumbang'.



Video ni tercut pulak. Diakhir video ni Irfan tido balik, tapi mulut nyonyot gula2 :P.

Ahli baru!!!!

Sungguh bahagia nyai, bulan ni dapat 2 cucu.

SELAMAT DATANG 2 AHLI BARU KELAB BUDAK2 KENIT!!!



Izyan Insyirah 3.4kg, adik kepada Irfan; budak pembuli yang suka merajuk
Gambar ikhsan dari Cik Da. Terima Kasih Cik Da ;)


Mohd Yusuf 4.6kg, adik kepada Fateh; bakal pelari pecut negara

Cik Awa bz giler skrg, tak sempat nak cerita panjang2.. :)

Kalau dah kantoi...



mula2 Nabiha main mee bandung, habiss baju. Mak pun mandikan dah tukar baju lain. Tak sampai 30 minit lepas tu nabiha main kek..

Kalau dah kantoi... Nangis je la... pasti selamat dari kena marah huhu

TOO MUCH INFORMATION



Balkis bersin-bersin. Air hidung mula mencair.

"Balkis nak makan ubat?" Cik Aa menawarkan khidmat. Balkis buat bodoh tak peduli. Sebenarnya tak mahu makan ubat. Untunglah ayah tak ada (Raya ke3 seluruh keluarga balik ke Ayer Baloi kecuali Balkis, Arif dan Iqbal tinggal di rumah Nyai), kalau tak habislah Balkis kena paksa makan ubat.

"Sakit apa?" Cik Yati berperihatin. "Selsema je.. " Jelas Cik Aa.

"Bukan selsema lah, H1N1!" Balkis yang buat bodoh dari tadi tiba-tiba jadi pandai.

Hishh.. Nauzubillah.. pandai2 je budak ni

Salam Lebaran.

Saya memberi seikhlas-ikhlas kemaafan dan juga memohon seikhlas-ikhlas kemaafan dari pembaca dan pengunjung yang senyap dah yang nyata :). Selamat menyambut Aidil Fitri dengan harapan, ingatilah Allah ketika kita berhari raya sebagaimana kita mengingatinya ketika kita berpuasa. Semoga Allah lindungi kita dan tawarkan hati kita dari juadah-juadah di telivisyen etc. yang merosakkan roh Aidilfitri. Dan jangan lupa bertakbir sekuat2nya. Pendek sekalikan masa bertakbir AidilFitri ni, jangan lepaskan peluang ini.

Saya doakan semoga semangat Ramadhan sentiasa bersama kita sehinggalah kita bertemunya lagi tahun hadapan, Insyaallah.

Lagu hari raya istimewa untuk kalian.. dari seniman hebat :)

Santa Clause Vs Cik Awa


Di TV9, Dekattt dihati, Danice Phantom sedang melawan hantu.

Bercahaya muka Effa bila bercerita. "Semalam kita mimpi saljiiii.." Sengih lebar tapi tak berapa nampak gigi sebab Effa rongak. "Best!!! semua orang main salji, Cik Awa pon ada, semua orang ada. Kawan-kawan pon ada. Best!!" Kawan-kawan yang Effa maksudkan ialah troop budak-budak kenit tu la. "Santa Clause! dia pun ada, dia bagi hadiah kat semuaaaaaaa orang. Best!!"

"Erk! Santa Clause? Effa, Santa Clause tu untuk orang Kristian, dia sambut Kristmas, kita orang Islam kita sambut Raya". Effa terdiam berfikir.

"Tapi, Cik Awa pon dapat hadiah masa tu!" Eh.. budak ni terbawak2 dek mimpi. Ingat aku ni sebaya dengan dia ke boleh digula-gulakan? haha. Nampaknya orang Islam khususnya di Malaysia perlu lebih giat hasilkan kartun yang selari dengan budaya dan agama kita. Upin Ipin saja belum cukup.

"Kalau tak ada Santa Clause pon, Effa dapat hadiah jugakan masa hari raya, kan selalu Cik Awa bagi hadiah". Effa diam lagi.

"Cik Awa.." Effa mendekat mahu berbisik, Cik Awa tundukkan kepala. "Nak hadiah Barbie boleh?" Hmmmm.... sabor je la aku dengan budak ni.

"Kanak-kanak memang suka berangan!" Jerit Janice Phantom di TV9, Dekattt dihati.

Effa rasa tersindir. Hahaha

Perjanjian Ramadhan

HARI KE2 RAMADHAN...

Nisa tak puas hati dengan Im dan Effa yang berleluasa makan sambil lepak2 tengok kartun. Dah banyak kali Cik Awa suruh Im dan Effa makan di dapur, tapi tak endah je dua budak kenit tu. Cik Awa pulak dah penat dengar Nisa mereport, mengeluh, nak tengok tv, tak kuat iman tengok orang makan, nak main geng semua tengah tengok tv. Kesiannn dia.

Entah macammana, sebab nak pujuk Nisa, Cik Awa pun buat perjanjian. RM bagi setiap hari puasa penuh. Cepat-cepat Nisa setuju. Lepas tu dia terus duduk sama2 Im dan Effa, iman jadi kuat serta merta.


SEMINGGU RAMADHAN...

4 budak kenit termasuk 2 yang tak puasa dan sedia mengadap hidangan. Effa puasa sampai petang hari ni. Im langsung tak insaf2.

"Nyai, kalau kita nak puasa 300 hari macammana ek?" Tiba-tiba terpacul soalan dari Nisa. Nyai ketawa je, "Macammana tu nak puasa 300 hari, dah dekat setahun tu!" Nisa diam dengar jawapan Nyai. Tunduk berfikir.

"Kakak nak puasa 300 hari?" Cik Awa rasa tahu macammana dia dapat idea tu. "Errr.. 100 hari je lah.." Nisa jawab lambat-lambat. Hahahaha

.....................

Salah juga konsep upah puasa ni, belum2 budak tu dah kira untung. Patutnya dalam perjanjian haritu kena tekankan, puasa bulan Ramadhan SAHAJA!. Nasib baiklah Nyai tak ajar Nisa yang puasa penuh bulan Ramadhan + 6 hari puasa bulan Syawal = puasa setahun = 360 hari.. Uwaaaa!!! bengkoklah Cik Awa nak bayar.

Mulut Busuk

Suatu hari Qayyum(4 tahun) muntah disekolah tadika.

"Kenapa Qayyum muntah kat sekolah tadi?" Tanya emak.

"Kawan Qayyum tu tak gosok gigi, lepas tu asyik cakap-cakap dengan Qayyum". Qayyum menjawab jujur.

ajar anak anda menjerit - Tolong Saya!!!

Kan selalu kita lihat iklan ni di TV



................................................................................

Peristiwa ni sebelum iklan tu wujud pon. Tabiat si Fateh ni sejak dulu

Rutin minnguan keluarga Fateh menghantar Umi ke stesen keretapi. Beginilah sejak umi pindah tugas ke Kuala Lumpur. Fateh di dokong Umi.

Keretapi hampir tiba. Umi lepaskan Fateh pada abah tapi Fateh menolak.

Tak payah! Kata Fateh. Semakin abah menarik Fateh semakin kual rangkulan Fateh pada Umi. Tak payah lahhhhhhhhhhh! Fateh jerit.

Abah sedikit berkeras. Umi hiba.

Tolong saya! Tolong saya! Tolong saya! Tolong saya! Tolong saya! Fateh jerit tak henti-henti

Abah dan Umi terkedu, serta merta mereka jadi tumpuan ramai.

Sultan Muhammad Al Fateh

Tilam-tilam terbentang di depan TV. Medan gusti yang cukup luas untuk budak-budak kenit. Fateh jatuh terbaring. Imad, Irfan, Im, Syamil, Balkis dan Effa ramai2 keroyok Fateh.

Yah! Yah! Yah! Fateh menepis tangan2 kenit yang cuba menggeletekknya.

Yahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Fateh jerit sekuat hati. Budak-budak kenit lain terus ketawa. Fateh berjaya lepaskan diri.

Irfan JPJ

Cik A baru daapt lesen kereta. Seminggu Cik Awa bercuti, Cik A seronokla berkerta ke sana-sini. Tapi Cik A belum cekap lagi. Nak tukar gear pon kelang kabut saja. Cik A hajat nak pergi rumah Balkis di Pontian. Cik A bawa Irfan sekali.

Irfan yang tak pernah diam tu senyap sunyi saja dalam kereta. Setiap kali Cik A tukar gear dia perhati gerakan kekok Cik A penuh suspen. Cik A bertambah suspen. Irfan mengalahkan pegawai JPJ yang menguji pelajar memandu pulak.

Irfan senyap sunyi. Cik A pon tak berkata apa-apa. Diam-diam Cik A batalkan niat, patah balik ke rumah. Hehehe Irfan guna psikik saja Cik A dah kecut :P

'Statement' paling sengal

'Statement' paling sengal keluar dari mulut Nisa'

Kesian nyai. Dah tua, tak bolehh kawin lagi



aduhaiii cucu!

Ujian bahasa jawa

nisa - Kita tak pandai cakap jawa tapi kita tau sikit2!

cik awa - iye ke?? cubalah!

nisa - banyu = air; makan = mangan

cik awa - wedang?

nisa - minum (sebenarnya air minuman, kire boleh la)

cik awa - kenyang?

nisa - warek

cik awa - boleh tahan... kejeblos? hahaha

nisa - errrr... jatuh hehehe

hehehehe okeh, kire lulus la tu

Imad patah kaki

Imad dilanggar kereta ketika berbasikal. Patah tulang peha. Hari ini atau esok, Dr akan masukkan besi pada kaki Imad. Semoga Imad kuat dan cepat sembuh!

Apa yang dah berlaku, inilah ujian dan pengajaran.


31 Mac, hampir jam 6 petang, Cik Awa dapat berita Imad kemalangan. Segera Cik Awa ke hospital. Cik Awa sampai dulu dari ambulan yang membawa Imad. 10 minit kemudian barulah abah Imad sampai. Umi dengan segera bertolak dari KL. Nampaknya, air mata Umi lagi bnyk yang tumpah dari Imad sendiri. Cik Awa tunggu Imad sampai jam 9.30 malam kemudian berganti dengan Cik Ani. Abah imad balik ambil Fateh dan Syamil dirumah mak Ju (penjaga) sebelum menjemput Umi yg tiba lewat malam. Sampai semalam, Umi belum pulang ke rumah pun. Semalam, Nyai, Cik Abu, Cik Mala, Effa dan Irfan datang melawat Imad. Cik Awa harap Imad hargai segala kasih sayang yang tercurah.

"Kawan" Cik Awa yang tak cantik

"Nak tengok gambo kawan cik awa?" Im menarik perhatian Effa dan Nisa yang baru selesai solat Maghrib. Mereka merapati Im. "Mana?" Tanya Effa. "Ni ha, tak cantik kan?" Im bernada jujur. "Macam Cik Awa je?" Komen Effa. Nisa mengambil kertas tersebut, lalu membaca perlahan-lahan nama pada salinan kad pengenalan yang tercetak pada kertas putih itu.

"Si ti N.U.R.U.L nurul ha wa binti.."

Jawa Sejati

Im, sedang tumbuh menjadi lelaki jawa sejati - kebun adalah kecintaannya. Tiap2 Jumaat soalan yang sama dia aju "Ayah, pegi kebun tak besok?"


Kerang goreng sungai lurus

Cik Awa teringin makan kerang goreng, jadi petang tu sebelum balik ke JB, nyai, Cik Ani, Cik Aip, Im, Nisa, Effa dan Irfan layankan la keinginan Cik Awa tu hehehe terima kasih.. muahhh muahhh

Jeti Sungai Lurus. Nama je Sungai Lurus, tp sebenarnya mengadap laut daaa

The famous kerang goreng.. ramai orang berdiri mengunggu meja kosong

Amboiii.. bukan main lagi Nisa, Effa dan Im posing.. mcm cover album pulak :P

Gambar lagi sekali, si kenit Irfan tertinggal.. monyok je muka dia. hehe

Ish.. ish..

Babah dah ready nak posing, biha muncul dengan tiba2..
dr kiri: biha, balkis dan babah

Qayyum dan Dinosaur

Qayyum, dapat seekor dinosaur. Ayah belikan kat Petrosains. Qayyum memang obsess dengan mainan yang kiut2 macam ni. Siap bawak mandi dan bawak tidur. Bila bangun tidur, dia menjajau cari si kenit tu.

Ariff kata, dinosaur ni kalau rendam dalam air, boleh jadi besar.

Qayyum: Mak, tak boleh letak air sekarang kan? nanti Avanza tak muat (nak balik Johor)
Hehehehe.. gelak je lah semua org. Apa yang Qayyum bayangkan, dinosaur ni akan jadi besar macam yang dia nampak dalam Petrosains tu kot.

Cik Awa: Yum, kalau dinosaur dah besar nanti, Cik Awa nak datang rumah Oyum lah, boleh?
Qayyum: Boleh! nanti ambik gambar tau!
Cik Awa: Nanti Qayyum nak bagi dinosour makan apa?
Qayyum: ..................................... ........................................ ...........................................
................................. ........................... ................................. .............................. ..........................

Cik Awa: Dinosaur makan apa yum?
Qayyum: Er.... dia tak boleh hidup la Cik Awa... ..........................

Keliru betul si Qayyum ni... ekekekeke....

Kuda Si Tenggang?

Gambar: Qayyum kat patung kuda kat Rose Garden, Cameron Highland


Effa - Abah, tadi kita nampak kuda, tapi patung!

Abah - Tu la, kalau tak dengar cakap abah dia, sebab tu dia jadi patung.

Effa - Mana ada... memang patung la!!

Cik Awa - Hahaha... budak2 sekarang mana boleh nak auta macam ko dulu2 ekekeke

Kawan Effa seorang manusia

E - Cik Awa, kita ada kawan tau, nama dia Shidi, tapi dia manusia!

A - Ha? memangla manusia, kalau tak apa?

E - Sidi betullah!

A - Ha? tak fahamlah

E - Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi, Shidi, Sidi

A - OooooooooooooooooooOOOOOOOOOOOO CD! wakakakaaka

E - Apalah Cik Awa ni, itu pon tak tau!

Ayark... aku plak yang kena. memanglah manusia kena kawan dengan manusia, tak kan kaan dengan CD :P

E - Shidi tu lelaki tau!

A - Itu Cik Awa taula.. kalau Shida baru perempuan..

Eii... budak ni macam la pandai sangat.. ekekekek

Rombongan Wak Yah


Cuti CNY, macam tahun2 lepas.. kami sekeluarga.. ya.. sekeluarga... semua sekali 3 generasi berombongan. Kali ni ke Cameron Highland. Perjalanan baliknya, kami singgah di KL. Ada 2 rancangan sepatutnya. 1) Bawak budak2 kenit ke Petrosains. 2) Mak2 budak nak pi shopping. Tapi plan ke-2 tak tercapai sebab budak2 kenit dah macam2 ragam. Lepas dari Petrosains, terus balik Johor.