Riang Ria Raya


Dah beberapa tahun Cik Awa tak bagi hadiah baju. Selagi ada rezeki, Insyaallah kita kongsila bersama-sama. Sikit sama dicecah, banyak sama di lapah.

Malas nak bungkus, ikat je la dgn reben. lagipun nyai kata buat sampah je kalau bungkus pon. budak2 kenit lagi jakun tgk reben2 ni haha

Motor + Kerusi = Loe

Ingat tak iklan ANMUM yang budak2 sambungkan perkataan "BUAH" dan "HATI" jadi "BUAH HATI" (wardina berlakon)

Irfan, pun minum susu yang sama dengan budak dalam iklan tu. Agaknya susu tu ada special ingredients yang boleh buat budak2 bijak sambungkan 2 benda jadi 1 benda. Meh kita ligat apa yang Irfan sambungkan

ya!!! ini dia, ciptaan terbaru Irtfan, motor plastik + kerusi plastik jadilah loe sawit (lori pengangkut kelapa sawit)

jom tengok macammana lori tu bergerak.. (sila abaikan suara latar belakang yang tak terkawal tu hehe)


Kawan Effa berbaju putih - Horror

Satu malam yang entah bila, Effa sekeluarga dalam perlajanan dengan kereta. Effa duduk sorang-sorang dibelakang. Main sorang2.. biasalah, dia memang kuat berimaginasi..

Tiba2 Effa ketawa dengan kuatnya..

"Effa ketawa dengan sapa tu?" tanya mama (kak mala) dari tempat duduk depan.
"Kawan Effa", effa selamba
"Mana? " mama menduga
"Sebelah Effa", masih selamba
"Kawan Effa pakai baju apa?" mama konon nak usik Effa, abah (abg abu) gelak2 kecil.
"Putih..."

Mama dan abah terus diam. Abah jeling cermin pandang beakang, nampak biasa je. Abah buat-buat cool dan terus memandu. Dalam hati tuhan je yang tahu.