Imad dan Ariff naik teksi pergi kubur?

Mayat sudah pon diangkat masuk kedalam van. Pelawat-pelawat lelaki mengiring jenazah ke kuburan yang perempuan berkumpul membaca Yasin di ruang tamu. Cucu cicit piut nyai sadah (emak Allahyarham) berkerumun, baru dapat bersalam sebab keadaan yang agak sesak tadinya.

Talifon aku bergegar, aku jawab panggilan. "Wa, engkau tolong tengokkan budak-budak ni, diaorg main kat parit la, aku nak pegi kubur". Abg aleh dihujung talian.

Aku segera keluar ke laman. Sofi berjalan seorang diri ke arah aku.

"Imad dengan Arif mane?" aku tanya sofi
"Diaorg dah jalan jauh, nak pegi kubur". Sofi tunjuk arah darat.
"Ha??"... aku pon membebel sambil jalan cepat2. Mata rabun aku dah tak nampak budak kenit 2 orang tu. aku dan sopi menyusur jalan sebelah parit. Jiran-jiran jalan berkumpulan balik ke rumah masing-masing.


Sayup2 aku nampak dua kepala budak kenit. Rasanya dah sampai depan rumah Wak Tik. Aku suruh sopi jerit. Dia keberatan.
"Imad!!", Sopi jerit. Suaranya malu-malu nak keluar.
Mujur Imad dan Arif menoleh, aku lambai-lambai suruh mereka patah balik.

"Nak pegi mana?" aku tanya.
"Nak pegi kubur"
"Mana boleh jalan kaki, jauh, lepas sungai sana. Tengok! semua orang pegi naik kereta" Aku membebel.

"Teksi! Teksi!" Arif dan Imad mendepangkan tangan menahan teksi.
"Kita nak pegi kubur!"
"Hish.." Aku marah Imad dan Arif. Buat malu betullah budak-budak ni.

Abang Sam memperlahankan teksinya, dia senyum pada aku yang badan mcm mak lepas tu bawak pulak anak tiga orang. Aku sengih je pada abang sam. Teksi Abang Sam terus laju menuju ke kuburan, tempat baru mak cik dia.

------------------------------------------------------
Cik Awa: Korang mmg sengal, buat malu aku je. Ade ke ditahannya teksi abg sam. Abg sam tu pon melawat juga, kebetulan dia pemandu teksi.
Nota: Abg Sam ialah anak kepada wak kamah, kakak sulung emak, Wak Tik dan Allahyarhan Wak Mar

Kepulangan yang tak disangka

Hari selasa lepas, Wak Mar, kakak kepada emak telah kembali kepada Pencintanya. Kepulangan yang tidak disangka. Aku kira emak akan tersedu, tapi emak tetap emak. Tenang sepertimana emak menghadapi pemergian abah, begitulah emak.

Bulan ini, emak sambut satu kelahiran, cucu ke 13 nya. Dan merelakan satu pemergian.

Buat cucu-cucu emak, lihat nyai, lihat disebalik tubuh kurus itu, ada satu hati yang cekal. Lihat, disebalik cengkung mata nyai ada cita-cita tinggi. Cita-cita itu telah membawa anak-anaknya dan kamu generasi pewaris melangkau lebih jauh dari lingkungan sekitarnya.

Apa dia jawa, apa dia melayu?

Iqbal: Heee.. arip cakap macam jawa!
Cik awa: Dah memang jawa, abis abang apa?
Iqbal: Melayu!
Cik awa: Mak bapak engkau jawa, pulak engkau bukan jawa

Iqbal sengih-sengih sambil jalan keluar dari bilik.

.........................................................................................

Rupa-rupanya dia pergi jumpa emak dia, kakak, untuk pengesahan kejawaannya.

Iqbal: Mak, mak jawa ek?
Kakak: Ya lah..
Iqbal : Ayah pun?
Kakak: Haah..
Iqbal: Habis, macammana Iqbal boleh jadi melayu?

...........................................................................................
Cik awa: Kesian Iqbal, keliru.. inilah dikata bochah urong jowo

Gigi susu Imad patah

Suasana: Ini dialog semalam. Dalam kereta cik awa dengan akim dan sofi.

Imad: Gigi imad dah patah, gigi sopi dengan akim tak patah lagi. Abah lagi la, gigi dia banyak, atas bawah semua banyak gigi.
Cik Awa: Apalah imad ni.. berapa batang dah gigi imad patah?
Imad: Satu je...
Cik Awa, akim dan sopi : hahahhaHAHAHAHAAHA
Akim: Kecoh la imad ni..

Malam tadi:
Abg aleh: Maksudnya Imad lebih tua dari abah la?
Imad: ......

......................................................................................................................
Cik Awa: Patah sebatang kecoh setaman.

Excuse me Mr Ariff

Nota: Seperti yg diceritakan oleh kak ani

Ariff ikut kak ani ke sekolah menengah taknik pontian, mengiring pasukan bola jaring sekolah dia.

Ariff: Cik ani, tadi kan ada orang cakap eksuse me dengan arif
Cik Ani: Kalau orang cakap macam tu, maksudnya dia nak minta tumpang lalu.
Ariff: Kenapa dia cakap macam tu? dia jawa ek?
Cik Ani: ek.. hahahaHAHAHAHAHAA

......................................................................................................................
Cik Awa: Apalah Arip ni, jawa pulak cakap gitu, tu minah saleh celup la hahahaHAHAHAH. Terai bochah urong jowo hahahaHAHAHAHAH

Imad belajar hadis

Imad sekolah tadika Islam, cikgu ajar Imad hadis. Ada satu hadis jadi Imad paling suka.

As-solatu 'imaduddin faman aqamaha faqad aqamad din. Faman tarakaha faqad hadamad din).

" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

Beberapa lama selepas itu; Imad beri satu teka teki pada cikgu dia, ini teka-teki dia sendiri, bukan sesiapa yang ajar.

Imad: Cikgu, banyak2 tiang, tiang apa yang sembahyang?
cikgu: ?
Imad: Imaduddin! (merujuk kepada diri dia - Imaduddin Zaki)


......................................................................................................................
Cik Awa: Tak tahulah apa respon cikgu tu, kalau aku la.. tak cukup gigi nak gelak.. hahahHAHAHA



Iqbal dan lori 1



Suasana: Petang hari biasa. Belakang rumah mak ialah kebun kepala sawit wak amat. Jarak antara hujung dapur mak dengan pokok kepala sawit terdekat tak sampai 2 meter. Waktu itu, dapur mak belum lagi berdinding penuh. Iqbal waktu itu 3 atau 4 thn berada di dapur manakal wak amat sedang menyawit. Iqbal tidak mengenali wak amat. Wak amat cuma kenal iqbal sbg cucu kepada mak saja.

Iqbal: Tuk, atuk buat apa tu?
Wak amat: Nyawit..
Iqbal: Tuk, tuk ada lori sawit tak tok?
Wak amat: Tak ada.
Iqbal: Iqbal ada... beso..., lori iqbal angkat sawit.......... lori iqbal kuat...


......................................................................................................................
Cik Awa: Kuat berangan betul, kalau setakat lori plastik tu anggkat biji sawit boleh le. Tu pon kena tolak.

Daftar cucu-cucu Wak Diran dan Kak Yah setakat 4 Jun 2006

Dari keluarga kakak dan abg zul
1. Mohd Iqbal,8
2. Mohd Ariff,6
3. Balkis Zulaikha,3
4. Abdul Qayyum,2
5. Zulfa Adibah,1

Dari keluarga abg aleh dan kak yati
1. Abdul Halim Hakim,11
2.Siti Sofiah,10
3.Imaddudin Zaki,6
4.Ahmad Syamil,1
5. <...>

Dari keluarga abg aip dan kak yati
1. Khairunnisa',5
2. Mohd. Khairil Imran,3

Dari Keluarga abg aip dan kak mala
1. Iffah Izzati,3

kemudian nanti dari masa ke semasa cik awa akan kenalkan satu persatu

Aduhh.. sakit kepala aku

Malam ni aku bawak 3 org budak kenit dtg lab. Akim, Sofi dan Imad. Eha pon ada sekali, konon nak buat teman tapi sakit kepala aku dibuatnya. Imad 5 minit sekali Cik Awa tu.. Cik Awa ni.. Cik Awa tengok Akim ni, tengok Sopi ni..

Lepas tu ada hati budak-budak ni nak bukak website pontianak. Si Imad pon sibuk suruh Akim bukak website pontianak. Dah la nak pegi dapur pon penakut, kalau abah dgn umi dia kat bawah, haram dia nak duduk kat atas sorang-sorang. Sanggup dia tak mandi.

Sofi, leka belek website barbie.. berangan la tu.. apa lagi. Cantiknya.. cantiknya.. lepas tu aku suruh dia main game Snickers kat web site era.fm, tapi dia tak boleh harap nak dapat markah tinggi.. langsung tak menyumbang pada score board aku.

Akhirnya Akim dpt jugak kawal budak Imad tu, diaorg main flash game sama-sama.

Canggih betul budak-budak sekarang ni ya, masa aku umur macam diaorg dulu, paling canggih pon main cikgu-cikgu, hebat sikit main doktor-doktor.

Tapi diaorg tak pernah main chepe, batu seremban, galah panjang, main getah, teng-teng (aku dah hajah bnyk kali tau!), rounders dan sogok ilet (macam konda kondi, tak ingat kenapa masa kecik pgl mcm tu). Kira-kira, aku lagi canggih kot dari diaorg.

Cik A buat apa tu???? belek forum CT??? hahahah

Dah pukul 10 lebih ni jom balik, sapa lambat cik awa tinggal...

Selamat malam;
Cik Awa

Ain Syafiqah, masih dalam senarai menuggu

Dah berbulan-bulan, nama Ain Syafiqah disebut-sebut Akim, Sofi dan Imad. Teringin benar adik perempuan. Nama pun dah sedia. Kalau tanya pada Imad, siapa Ain Syafiqah? Dia jawab, tu.. adik dalam perut Umi tu!

Semalam petang kak yati pon pulang dari hospital lepas ditahan semalaman di HSA. Berat anaknya 3.96 kg. Memang besar, muka merah. Sampai je kat rumah, aku sambut. Dokong bayi masuk dalam.

Akim: Betul ke lelaki?
Sofi: Hmmm.. muncung..
Imad: Buat tak tahu
Syamil: Tak tau apa-apa (mesti dia pelik sebab, Umi dia hilang 2 hari. Bila balik bawa bayi muka macam dia)

Buat Mohd. Fatih, selamat datang sayang dan jangan kecil hati.. kedatangan mu tetap dialu-alukan. Tunggu saja, kejap lagi engkau akan jadi kesayangan mereka :)

salam;
Cik Awa