Irfan nak pergi mana?

Irfan a.k.a Udin dan Effa susun eman kerusi jadi 3 baris. Irfan duduk paling hadapan. Effa yang bertudung duduk dibaris kedua. Baris paling belakang terletak beg sekolah Effa dan beg 'sekolah' Irfan (syyyy......... dalam dia da lori, bajak etc).

Ngooooooooooooooonggggggggg....mmmmmmmmmmmm muncung-muncung mulut Irfan sambil tangannya berputar seperti orang menari agogo. Genius! dia bukan menggayakan tangan pada stering, tapi memodelkan gerakan pinston!

"Dah campai cekolah petang!" Cik Awa dan nyai nak ketawa tapi tertahan-tahan. Cik Awa teringat kisah cicici dalam Ketupat Cinta. Irfan bangun, berjalan ke barisan terakhir dan memaut beg sekolah Effa. Effa buat tak faham. Irfan terus berjalan menuju dapur. "Kakak! cepatla, sekolah!". Effa bangun lambat-lambat. Capai beg Irfan dan berjalan malas-malas. "Kakak! tak payah bawak beg Udin". Effa keliru, tapi patuh. Effa jalan lenggang kangkung ke arah Irfan.

Irfan letakkan beg Effa di lantai. Effa ditinggalkan seorang dan dia kembali ke 'kereta'. Cik Awa, dan nyai Nyai pandang Irfan penuh tanda tanya. "Irfan nak pergi mana?" akhirnya Nyai bersuara. "Nak pegi kerja!" Jawab Irfan malu-malu.

Hahahahaa... berangan hantar kakak pergi sekolah rupanya! Patutla siap angkatkan beg... cicicici

Gambar hiasan untuk membantu pembaca membayangkan watak. Tak ada kena mengena dengan cerita di atas

Budak paling susah nak tido

Tapi bila-bila dia boleh 'tumbang'.



Video ni tercut pulak. Diakhir video ni Irfan tido balik, tapi mulut nyonyot gula2 :P.

video

Ahli baru!!!!

Sungguh bahagia nyai, bulan ni dapat 2 cucu.

SELAMAT DATANG 2 AHLI BARU KELAB BUDAK2 KENIT!!!



Izyan Insyirah 3.4kg, adik kepada Irfan; budak pembuli yang suka merajuk
Gambar ikhsan dari Cik Da. Terima Kasih Cik Da ;)


Mohd Yusuf 4.6kg, adik kepada Fateh; bakal pelari pecut negara

Cik Awa bz giler skrg, tak sempat nak cerita panjang2.. :)

Kalau dah kantoi...



mula2 Nabiha main mee bandung, habiss baju. Mak pun mandikan dah tukar baju lain. Tak sampai 30 minit lepas tu nabiha main kek..

Kalau dah kantoi... Nangis je la... pasti selamat dari kena marah huhu

TOO MUCH INFORMATION



Balkis bersin-bersin. Air hidung mula mencair.

"Balkis nak makan ubat?" Cik Aa menawarkan khidmat. Balkis buat bodoh tak peduli. Sebenarnya tak mahu makan ubat. Untunglah ayah tak ada (Raya ke3 seluruh keluarga balik ke Ayer Baloi kecuali Balkis, Arif dan Iqbal tinggal di rumah Nyai), kalau tak habislah Balkis kena paksa makan ubat.

"Sakit apa?" Cik Yati berperihatin. "Selsema je.. " Jelas Cik Aa.

"Bukan selsema lah, H1N1!" Balkis yang buat bodoh dari tadi tiba-tiba jadi pandai.

Hishh.. Nauzubillah.. pandai2 je budak ni

Salam Lebaran.

Saya memberi seikhlas-ikhlas kemaafan dan juga memohon seikhlas-ikhlas kemaafan dari pembaca dan pengunjung yang senyap dah yang nyata :). Selamat menyambut Aidil Fitri dengan harapan, ingatilah Allah ketika kita berhari raya sebagaimana kita mengingatinya ketika kita berpuasa. Semoga Allah lindungi kita dan tawarkan hati kita dari juadah-juadah di telivisyen etc. yang merosakkan roh Aidilfitri. Dan jangan lupa bertakbir sekuat2nya. Pendek sekalikan masa bertakbir AidilFitri ni, jangan lepaskan peluang ini.

Saya doakan semoga semangat Ramadhan sentiasa bersama kita sehinggalah kita bertemunya lagi tahun hadapan, Insyaallah.

Lagu hari raya istimewa untuk kalian.. dari seniman hebat :)

Santa Clause Vs Cik Awa


Di TV9, Dekattt dihati, Danice Phantom sedang melawan hantu.

Bercahaya muka Effa bila bercerita. "Semalam kita mimpi saljiiii.." Sengih lebar tapi tak berapa nampak gigi sebab Effa rongak. "Best!!! semua orang main salji, Cik Awa pon ada, semua orang ada. Kawan-kawan pon ada. Best!!" Kawan-kawan yang Effa maksudkan ialah troop budak-budak kenit tu la. "Santa Clause! dia pun ada, dia bagi hadiah kat semuaaaaaaa orang. Best!!"

"Erk! Santa Clause? Effa, Santa Clause tu untuk orang Kristian, dia sambut Kristmas, kita orang Islam kita sambut Raya". Effa terdiam berfikir.

"Tapi, Cik Awa pon dapat hadiah masa tu!" Eh.. budak ni terbawak2 dek mimpi. Ingat aku ni sebaya dengan dia ke boleh digula-gulakan? haha. Nampaknya orang Islam khususnya di Malaysia perlu lebih giat hasilkan kartun yang selari dengan budaya dan agama kita. Upin Ipin saja belum cukup.

"Kalau tak ada Santa Clause pon, Effa dapat hadiah jugakan masa hari raya, kan selalu Cik Awa bagi hadiah". Effa diam lagi.

"Cik Awa.." Effa mendekat mahu berbisik, Cik Awa tundukkan kepala. "Nak hadiah Barbie boleh?" Hmmmm.... sabor je la aku dengan budak ni.

"Kanak-kanak memang suka berangan!" Jerit Janice Phantom di TV9, Dekattt dihati.

Effa rasa tersindir. Hahaha