Santa Clause Vs Cik Awa


Di TV9, Dekattt dihati, Danice Phantom sedang melawan hantu.

Bercahaya muka Effa bila bercerita. "Semalam kita mimpi saljiiii.." Sengih lebar tapi tak berapa nampak gigi sebab Effa rongak. "Best!!! semua orang main salji, Cik Awa pon ada, semua orang ada. Kawan-kawan pon ada. Best!!" Kawan-kawan yang Effa maksudkan ialah troop budak-budak kenit tu la. "Santa Clause! dia pun ada, dia bagi hadiah kat semuaaaaaaa orang. Best!!"

"Erk! Santa Clause? Effa, Santa Clause tu untuk orang Kristian, dia sambut Kristmas, kita orang Islam kita sambut Raya". Effa terdiam berfikir.

"Tapi, Cik Awa pon dapat hadiah masa tu!" Eh.. budak ni terbawak2 dek mimpi. Ingat aku ni sebaya dengan dia ke boleh digula-gulakan? haha. Nampaknya orang Islam khususnya di Malaysia perlu lebih giat hasilkan kartun yang selari dengan budaya dan agama kita. Upin Ipin saja belum cukup.

"Kalau tak ada Santa Clause pon, Effa dapat hadiah jugakan masa hari raya, kan selalu Cik Awa bagi hadiah". Effa diam lagi.

"Cik Awa.." Effa mendekat mahu berbisik, Cik Awa tundukkan kepala. "Nak hadiah Barbie boleh?" Hmmmm.... sabor je la aku dengan budak ni.

"Kanak-kanak memang suka berangan!" Jerit Janice Phantom di TV9, Dekattt dihati.

Effa rasa tersindir. Hahaha

4 comments:

  Qimy

8:37 PM

gumbirakan hati budak3 dpt pahala awa..gumbirakan hati mak budak pon x kurang pahalanya..pssst, aku nak adiah gak leh? kui3..

  Teja

9:14 PM

Cik Awa, cik awa...cik awa chantek le ari ni, lg cantek dari ari2 semlm... pssttt2..nak bisik gak!!!!!

  Marriatyi Morsin

12:53 AM

nak hadiah jugakkkk

  sitinurulhawa

4:47 AM

ahkak-ahkak semua puasa tak cukup, mana boleh dapat hadiah! hahaha