2 half ladies and a half men

effa, im dan kakak icak bergaya dengan t-shirt 3 10 ringgit yang cik awa belikan di Kuching.
im dan effa sebaya, nisa tua setahun. effa pernah keliru yang mereka bertiga adalah adik beradik. sebab tu effa panggil abah dia cik abu. abang aip dan kak yati pulak dia panggil ibu dan ayah. im ialah fav cousin effa. diaorg ni macam orkid dgn mokhsin. mana-mana im pegi, effa mesti nak ikut

kakak icak pakar sakit puan

"ibukan, dah nak bersalin", nisa' membangkitkan cerita
"iye? bila?"
"nantilah bulan 7"
"tapi sekarang dah bulan 8 dah". nisa' buat muka tak faham (memang tak faham pon)


"bersalin tu apa kak?". saja cik awa nak tahu setakat mana kak icak tau tentang bersalin. heheh
"bersalin tu, keluar baby dari perut ibu.. cik awa tanyalah cikgu cik awa"
"tanya apa?"
"bersalin tu keluar baby ke tak"
"hmmm.."


"kakak nak adik lelaki ke perempuan?"
"lelaki dengan perempuan lah"
"mana boleh keluar banyak-banyak, kan satu-satu je. kakak nak lelaki ke perempuan dulu?"
"nanti ibu bersalin, perempuan, lepas tu ibu makan lagi banyak-banyak sampai perut ibu besar, lepas tu keluar lelaki pulak"
"oo.. gitu ke?.. hehehehe"

mari belajar bahasa Inggeris

entah apa yang kelakar sangat, dari muka surat 1, effa asik ketawa je bila cik awa bacakan buku Litte Red Riding Hood. Rupa-rupanya....

"Satu hari, nenek Little Red Riding Hood jatuh sakit. Terbaringgg je atas katil. Little Red Riding Hood pon tolonglah emak dia buat kek untuk nenek"

"hahahahahaaa haaa.. cik awa ni kelakar la... baca melayu pulak, bacalah inggeris!"

"adoii... "

.............................

"lain kali cik awa belikan effa buku binatang-binatang pulak ek!"

"ok"

"cik awa ada duit tak?"

"hmmmm.... effa nak bagi duit ke?"

cik awa, lembu dan cikgu



cik awa: siapa nama dia ni fa?
effa: cow
cik awa: anak siapa ni?
effa: anak lembulah [nada boring.. malas nak layan agaknya]
cik awa: oo.... mak dia mana?
effa: mak dia pegi sekolah
cik awa: pegi sekolah? err.. mak dia cikgu ke?
effa: yelah.. macam cik awa![effa teruja tiba2, sambil sengih2]
cik awa: hahahaah.. cik awa bukan macam lembulah.. eh.. cik awa bukan cikgu lah!


p/s: effa belum pernah dengar lagi peribahasa 'bodoh macam lembu'.