Kalau dah kantoi...



mula2 Nabiha main mee bandung, habiss baju. Mak pun mandikan dah tukar baju lain. Tak sampai 30 minit lepas tu nabiha main kek..

Kalau dah kantoi... Nangis je la... pasti selamat dari kena marah huhu

TOO MUCH INFORMATION



Balkis bersin-bersin. Air hidung mula mencair.

"Balkis nak makan ubat?" Cik Aa menawarkan khidmat. Balkis buat bodoh tak peduli. Sebenarnya tak mahu makan ubat. Untunglah ayah tak ada (Raya ke3 seluruh keluarga balik ke Ayer Baloi kecuali Balkis, Arif dan Iqbal tinggal di rumah Nyai), kalau tak habislah Balkis kena paksa makan ubat.

"Sakit apa?" Cik Yati berperihatin. "Selsema je.. " Jelas Cik Aa.

"Bukan selsema lah, H1N1!" Balkis yang buat bodoh dari tadi tiba-tiba jadi pandai.

Hishh.. Nauzubillah.. pandai2 je budak ni

Salam Lebaran.

Saya memberi seikhlas-ikhlas kemaafan dan juga memohon seikhlas-ikhlas kemaafan dari pembaca dan pengunjung yang senyap dah yang nyata :). Selamat menyambut Aidil Fitri dengan harapan, ingatilah Allah ketika kita berhari raya sebagaimana kita mengingatinya ketika kita berpuasa. Semoga Allah lindungi kita dan tawarkan hati kita dari juadah-juadah di telivisyen etc. yang merosakkan roh Aidilfitri. Dan jangan lupa bertakbir sekuat2nya. Pendek sekalikan masa bertakbir AidilFitri ni, jangan lepaskan peluang ini.

Saya doakan semoga semangat Ramadhan sentiasa bersama kita sehinggalah kita bertemunya lagi tahun hadapan, Insyaallah.

Lagu hari raya istimewa untuk kalian.. dari seniman hebat :)

Santa Clause Vs Cik Awa


Di TV9, Dekattt dihati, Danice Phantom sedang melawan hantu.

Bercahaya muka Effa bila bercerita. "Semalam kita mimpi saljiiii.." Sengih lebar tapi tak berapa nampak gigi sebab Effa rongak. "Best!!! semua orang main salji, Cik Awa pon ada, semua orang ada. Kawan-kawan pon ada. Best!!" Kawan-kawan yang Effa maksudkan ialah troop budak-budak kenit tu la. "Santa Clause! dia pun ada, dia bagi hadiah kat semuaaaaaaa orang. Best!!"

"Erk! Santa Clause? Effa, Santa Clause tu untuk orang Kristian, dia sambut Kristmas, kita orang Islam kita sambut Raya". Effa terdiam berfikir.

"Tapi, Cik Awa pon dapat hadiah masa tu!" Eh.. budak ni terbawak2 dek mimpi. Ingat aku ni sebaya dengan dia ke boleh digula-gulakan? haha. Nampaknya orang Islam khususnya di Malaysia perlu lebih giat hasilkan kartun yang selari dengan budaya dan agama kita. Upin Ipin saja belum cukup.

"Kalau tak ada Santa Clause pon, Effa dapat hadiah jugakan masa hari raya, kan selalu Cik Awa bagi hadiah". Effa diam lagi.

"Cik Awa.." Effa mendekat mahu berbisik, Cik Awa tundukkan kepala. "Nak hadiah Barbie boleh?" Hmmmm.... sabor je la aku dengan budak ni.

"Kanak-kanak memang suka berangan!" Jerit Janice Phantom di TV9, Dekattt dihati.

Effa rasa tersindir. Hahaha

Perjanjian Ramadhan

HARI KE2 RAMADHAN...

Nisa tak puas hati dengan Im dan Effa yang berleluasa makan sambil lepak2 tengok kartun. Dah banyak kali Cik Awa suruh Im dan Effa makan di dapur, tapi tak endah je dua budak kenit tu. Cik Awa pulak dah penat dengar Nisa mereport, mengeluh, nak tengok tv, tak kuat iman tengok orang makan, nak main geng semua tengah tengok tv. Kesiannn dia.

Entah macammana, sebab nak pujuk Nisa, Cik Awa pun buat perjanjian. RM bagi setiap hari puasa penuh. Cepat-cepat Nisa setuju. Lepas tu dia terus duduk sama2 Im dan Effa, iman jadi kuat serta merta.


SEMINGGU RAMADHAN...

4 budak kenit termasuk 2 yang tak puasa dan sedia mengadap hidangan. Effa puasa sampai petang hari ni. Im langsung tak insaf2.

"Nyai, kalau kita nak puasa 300 hari macammana ek?" Tiba-tiba terpacul soalan dari Nisa. Nyai ketawa je, "Macammana tu nak puasa 300 hari, dah dekat setahun tu!" Nisa diam dengar jawapan Nyai. Tunduk berfikir.

"Kakak nak puasa 300 hari?" Cik Awa rasa tahu macammana dia dapat idea tu. "Errr.. 100 hari je lah.." Nisa jawab lambat-lambat. Hahahaha

.....................

Salah juga konsep upah puasa ni, belum2 budak tu dah kira untung. Patutnya dalam perjanjian haritu kena tekankan, puasa bulan Ramadhan SAHAJA!. Nasib baiklah Nyai tak ajar Nisa yang puasa penuh bulan Ramadhan + 6 hari puasa bulan Syawal = puasa setahun = 360 hari.. Uwaaaa!!! bengkoklah Cik Awa nak bayar.

Mulut Busuk

Suatu hari Qayyum(4 tahun) muntah disekolah tadika.

"Kenapa Qayyum muntah kat sekolah tadi?" Tanya emak.

"Kawan Qayyum tu tak gosok gigi, lepas tu asyik cakap-cakap dengan Qayyum". Qayyum menjawab jujur.