Perjanjian Ramadhan

HARI KE2 RAMADHAN...

Nisa tak puas hati dengan Im dan Effa yang berleluasa makan sambil lepak2 tengok kartun. Dah banyak kali Cik Awa suruh Im dan Effa makan di dapur, tapi tak endah je dua budak kenit tu. Cik Awa pulak dah penat dengar Nisa mereport, mengeluh, nak tengok tv, tak kuat iman tengok orang makan, nak main geng semua tengah tengok tv. Kesiannn dia.

Entah macammana, sebab nak pujuk Nisa, Cik Awa pun buat perjanjian. RM bagi setiap hari puasa penuh. Cepat-cepat Nisa setuju. Lepas tu dia terus duduk sama2 Im dan Effa, iman jadi kuat serta merta.


SEMINGGU RAMADHAN...

4 budak kenit termasuk 2 yang tak puasa dan sedia mengadap hidangan. Effa puasa sampai petang hari ni. Im langsung tak insaf2.

"Nyai, kalau kita nak puasa 300 hari macammana ek?" Tiba-tiba terpacul soalan dari Nisa. Nyai ketawa je, "Macammana tu nak puasa 300 hari, dah dekat setahun tu!" Nisa diam dengar jawapan Nyai. Tunduk berfikir.

"Kakak nak puasa 300 hari?" Cik Awa rasa tahu macammana dia dapat idea tu. "Errr.. 100 hari je lah.." Nisa jawab lambat-lambat. Hahahaha

.....................

Salah juga konsep upah puasa ni, belum2 budak tu dah kira untung. Patutnya dalam perjanjian haritu kena tekankan, puasa bulan Ramadhan SAHAJA!. Nasib baiklah Nyai tak ajar Nisa yang puasa penuh bulan Ramadhan + 6 hari puasa bulan Syawal = puasa setahun = 360 hari.. Uwaaaa!!! bengkoklah Cik Awa nak bayar.

5 comments:

  Qimy

9:02 PM

perghh..hebat penangan wang ni. demi wang..sanggup begadai makan har3..

  sha

9:46 PM

biz minded tol ank2 sedara ko

  Marriatyi Morsin

11:47 PM

hmmm cik awa dh sediakan duitnya blum?

  Teja

2:41 AM

Nak2, nak duit raya jugak...kita pose penuh tau!!!!

  sitinurulhawa

6:59 PM

qim, lama ko tenggelam?

sha, kecik2 dah ada ciri kapitalis :P

mayti, lom tuko duit lagi. jauh woo nak pi bank, 30 tingkat nak kena harung!

teja, penuhh ke? sesuatu ko ni teja kalo puasa penuh