"Balkis nak makan ubat?" Cik Aa menawarkan khidmat. Balkis buat bodoh tak peduli. Sebenarnya tak mahu makan ubat. Untunglah ayah tak ada (Raya ke3 seluruh keluarga balik ke Ayer Baloi kecuali Balkis, Arif dan Iqbal tinggal di rumah Nyai), kalau tak habislah Balkis kena paksa makan ubat.
"Sakit apa?" Cik Yati berperihatin. "Selsema je.. " Jelas Cik Aa.
"Bukan selsema lah, H1N1!" Balkis yang buat bodoh dari tadi tiba-tiba jadi pandai.
Hishh.. Nauzubillah.. pandai2 je budak ni
Posted by
sitinurulhawa
Thursday, September 24, 2009
at
2:16 AM
"Cik Awa, Bakis kan sebenarnya kan ada dua emak. Dulu dulu kan Bakiskan bukan duduk dengan emak Maznah. Lepas tu kan, emak Bakis tu kan rumah dia kan dekat sebelah sekolah. Lepas tu kan, Bakis main-main dekan depan rumah kan, lepas tu kan, Bakis kena culik. Lepas tu baru Bakis jadi anak Maznah"
Ketawa besar Cik Awa dengar cerita Balkis, Nisa kebil2 mata, tak berapa faham kot. Entah apa-apa la imaginasi si Balkis ni. Emak dia lagi satu tu sebenarnya penjaga dia masa kecik-kecik, memang orang tu dah sayang sangat kat dia macam anak sendiri. Sampai jadi anak angkat.
Bila Cik Awa berdua je dengan Nisa, Nisa pun bertanya "Cik Awa, Balkis tu ada dua mak ek? Entah2 ayah dia ada emak lain tak?..."
Hahahaha... manalah budak2 ni dapat idea mengarut ni.. hadoii..
Posted by
sitinurulhawa
Sunday, December 21, 2008
at
7:00 PM
Entah bebera kali dah Balkis baca doa. Tapi masih tak tidur2. Cuitmen cuit dengan Effa, kemudian ketawa
Malam tu rumah nyai tak ada karen.
"Ya Allah, jangan hidup dan jangan mati.. " "Ha!!" Cik Awa , Cik A, Nyai haa kan Balkis beramai-ramai. Ketawa lagi. Asyik ketawa je, bilalah nak tidur ni.
"Tak hidup, tak mati, pengsan ke?" sapa tah yang tanya Balkis, tapi Balkis buat tak tahu atau memang tak tahu nak jawab.
"Arip yang ajar" Balkis menyandarkan salah pada Arif hehe.
Cik Awa bisik pada Balkis, "Ya Allah dengan namamu aku hidup dan mati". Balkis kumat kamit. Entah mengulang entah mengejek. Balkis lima tahun, dia tak faham maksud doa tu.
Jadi budak2 kecik pon berhenti main. Masing2 dah terbaring, bersimpang siur atas tilam depan TV. Nyai dan Cik A masih sibuk isi beras dalam kelongsong lontong. Lusa Hari Raya Korban.
"Bismikallah humma ahya wa amut" Balkis baca doa tidur.
Berderailah puji2an utnuk Balkis. Nyai, Cik A, Cik Awa, Abah dan Mama Effa semua tunjuk kagum.
Effa terkebil2 tak puas hati. Effa mana mahu kalah. Effa mesti baca doa yang lebih hebat, yang lebih panjang.
"Allah humma inni a u zubika minal habsi wal habais"
Berderai ketawa Nyai, Cik A, Cik Awa, Abah dan Mama Effa.
- Effa nak tidur kat bilik air ke? hahaha
Posted by
sitinurulhawa
Tuesday, December 09, 2008
at
2:31 AM
Cik awa belikan Iffa, Balkis dan Nisa buku cerita. Sebab buku2nya sama, Cik awa suruhla tuliskan nama supaya tak tertukar. Jom kita tengok macammana diaorg tulis nama
Khairunnisa, 7 tahun
Iffah Izzati, 5 tahunBalkis Zulaikha, 5 tahun
Posted by
sitinurulhawa
Monday, December 08, 2008
at
5:37 PM
Bab 1: Bila ayah cedukkan lauk emak, Baklis kata, "Ayah tu, cinta mak la tu!"
Bab 2: Bila nyai tunjukkan gambar pengantin ayah dan emak, Balkis tersengih2, "Oooo.. ayah dengan mak dah jadi pengantin laaa..........". Balkis tak faham kenapa dia tak pernah hadir dalam majlis tu.
Bab 3: Bila mak panggil "Ayahh!!", Balkis tegur emak, "Mak, mak kan dah kawin dengan ayah, janganla pangil ayah. Mak kenalah panggil abang!"
Posted by
sitinurulhawa
Monday, December 01, 2008
at
5:38 PM
Selesai sudah 1 Syawal. Jam sudah melepasi tengah malam. Budak-budak kenit, emak-emak dan bapak-bapak bergelimpangan kepenantan. Semua bilik penuh. Yang tidur diluar lebih ramai. Dari ruang tengah hingga mendekat ruang makan. Nyai pun berbaring di sofa. Memilih tidak tidur di dalam bilik, sesekali mahu bersama anak cucu.
Effa, 4 dan Balkis 5. Masih mericau-ricau cergas. Menceceh entah apa. Baru tadi dua orang budak kenit bersilat. Cahaya cuma datang dari dapur. Pon tak diendah oleh dua diva kenit tu. Dalam suram-suram tu, cik Awa cuma nampka Effa dari belakang. Berdiri menetang Balkis. Tangan Effa menggawang-gawang sekejap macam aksi Naruto melawan Sosuke, kejap lagi macam gaya Degawan menentang Pak Ali. Tiba-tiba pulak punggung bulat Effa bergoyang-goyang macam Inul.
Cik Awa panggil dua diva. Suruh tidur. Masing-masing memeluk 'spombob skepen'. Cik Awa baring juga, pura-pura pejam mata supaya dua diva cepat tidur. Dua diva sudah berbaring tapi mulut tak mahu diam. Entah apa yang dicecehkan. "Syyyy... tidurlah, semua orang dah tidur ni".
Nyai kuk kik kuk kik dalam gelap. Geram batul Cik Awa dengan budak dua budak kenit ni. Tak tahan lagi, sakit perut menahan gelak dalam gelap tu. Cik Awa bangun, terus masuk bilik nyai. Tidur dalam baru aman sikit. Tak sanggup tidur sebelah dua mulut murai.
Keesokan paginya, tanpa rasa bersalah Effa bertanya, "Tadi malam kenapa Cik Awa tidur dalam bilik nyai?
Posted by
sitinurulhawa
Tuesday, October 16, 2007
at
7:32 PM