Bday Iqbal

Esok BDay Party Iqbal.. ptg ni Cik awa masih kat office lagi.. huhuhu.. next week cik awa postkan gambar kat sini.. ;)

Lagi ahli baru!! Adik baru Im dan Nisa



rindu btol nak menulis kat sini. bnyk nak cerita ceritera hari raya. lagi2 kes jenayah yg commit by qayyum yang tak padan dengan muka jambu dia. hehehe

apapun,inilah ahli terbaru kelab budak kenit!

Apa kata Im dan Nisa tentang adik baru?

Im: Adik bagi nama Puteri Kamala je lah!
Nisa: Ala.. tak payahla.. Puteri Umno je

Aduhai Im.. kalau pun minat sangat dengan Puteri dan Kamala takkan sampai nak namakan adik Puteri Kamala. Yg kakak nisa' pulak, Puteri Umno??? Sorry tak sesuai... salah rumah hahaha


tiga serangkai sepupu.. im, effa dan nisa.. menghabiskan seharian bermain kat rumah nyai. terdahulu, im kata pada ayah.."Ayah, bosanla.. nak pegi rumah nyai.."

Kecil-kecil dah pandai bosan ya Im.. bukan main lagi.. Apapun Cik Awa gembira Im,Effa dan Nisa selalu temankan Nyai. Macam kata Effa, "Nyai kan dah tua". Beruntung nyai punya cucu2 macam diaorg ni. nyai macam ada ilmu pengasih, anak cucu panas kalau lama sikit tak kerumah nyai. hehehe ilmu pengasih kopi panas kot..

Edisi Syawal 1428: Effa mengganas di hari raya



Sementara menunggu semua orang bersiap untuk bersalam-salam. Ada saja kerenah budak-budak kenit ni. Tengokla Effa tu, ganas betul macam budak lelaki. Nak bersilat ke nak menari tu? Si Balkis pulak, pantang nampak kamera je, mesti nak tunjuk 'sign peace'. Kecoh betul nak suruh orang 'peace sama'. Abang Iqbal, mana ada 3 peace bang...Akhirnya Effa 'tewas' ditangan Balkis.

pelakon:

effa sbg kaki pukul
ariff sbg abang yg membuli
qayyum abg adik yang tak boleh kena buli
iqbal sbg abang yg baik (? ye ke? :P)
adibah sbg adik yang tak tahu apa-apa
dan balkis sbg mak cik kepoh



"Effa.. effa.. cepat peace macam ni!!!"
lepas dah bergasak2 tu measing-masing pon berdamai.. peace!!!
sofy baru nak interframe...

Edisi Syawal 1428: Burung murai ke mulut murai?

Selesai sudah 1 Syawal. Jam sudah melepasi tengah malam. Budak-budak kenit, emak-emak dan bapak-bapak bergelimpangan kepenantan. Semua bilik penuh. Yang tidur diluar lebih ramai. Dari ruang tengah hingga mendekat ruang makan. Nyai pun berbaring di sofa. Memilih tidak tidur di dalam bilik, sesekali mahu bersama anak cucu.

Effa, 4 dan Balkis 5. Masih mericau-ricau cergas. Menceceh entah apa. Baru tadi dua orang budak kenit bersilat. Cahaya cuma datang dari dapur. Pon tak diendah oleh dua diva kenit tu. Dalam suram-suram tu, cik Awa cuma nampka Effa dari belakang. Berdiri menetang Balkis. Tangan Effa menggawang-gawang sekejap macam aksi Naruto melawan Sosuke, kejap lagi macam gaya Degawan menentang Pak Ali. Tiba-tiba pulak punggung bulat Effa bergoyang-goyang macam Inul.

Cik Awa panggil dua diva. Suruh tidur. Masing-masing memeluk 'spombob skepen'. Cik Awa baring juga, pura-pura pejam mata supaya dua diva cepat tidur. Dua diva sudah berbaring tapi mulut tak mahu diam. Entah apa yang dicecehkan. "Syyyy... tidurlah, semua orang dah tidur ni".

"Burung apa?". Effa
"Burung Murai..". Balkis
"Burung apa?"
"Burung Murai.."
"Burung apa?"
"Burung Murai lah nama dia..."

"Bakis pulak..bakis pulak.. burung apa?". Balkis
"Burung Murai..".Effa
"Burung apa?"
"Burung Murai"

"Effa pulak..".Balkis
"Burung apa?". Effa
"Burung Murai..". Balkis
"Burung apa?"
"Burung Murai.."
"Burung apa?"
"Burung Murai lah nama dia..."

Nyai kuk kik kuk kik dalam gelap. Geram batul Cik Awa dengan budak dua budak kenit ni. Tak tahan lagi, sakit perut menahan gelak dalam gelap tu. Cik Awa bangun, terus masuk bilik nyai. Tidur dalam baru aman sikit. Tak sanggup tidur sebelah dua mulut murai.

Keesokan paginya, tanpa rasa bersalah Effa bertanya, "Tadi malam kenapa Cik Awa tidur dalam bilik nyai?

Salam Lebaran



Collection From yummyflashy.blogspot.com

Mari belajar berdoa I

Selepas saja Cik Awa memberi salam, Nisa' yang dari tadi kehulu kehilir pun mendekat. Duduk berdepan dengan Cik Awa. Tersengih-sengih dengan gigi rogaknya tu. Telekung yang lebar tertindih atas peha Nisa yang kecil. Cik Awa renung Nisa'

'Bacalah doa..' ujar Nisa.
'Kakak bacakan..' pinta Cik Awa. Nisa pon menadah doa.
'Bismillahirahmanirrahim...'
'Bismillahirahmanirrahim...' Cik Awa ikut seperti makmum yang setia.
Nisa mendongak, pandang Cik Awa, senyum.

'Allah humma barik lama.. fima..'
'Ala.. kakak ni, itu kan doa makan!!'
Nisa sengih dengan gigi yang rongak.

Lagi pasal adik baru

Iqbal dan Ariff meluru masuk ke dalam wad bersalin.

Iqbal selak baju kakak,

Iqbal: Mana bekasnya mak? Dia keluar ikut sini ke? Tak ada bekas pon?

Kakak: Dr dah tutup la

Iqbal: Ye lah.. tapi tak ada bekas langsung, ikut sini ke?

Soalan iqbal tu masi belum berjawab sampai hari ni

Menanti orang baru

Arif: Mak, mak dah nak bersalin ya?

Kakak (Mak Arif): Iya.

Arif: Mak nanti kalau mak pergi hospital, Arif nak ikut tau!

Kakak: Boleh..

Arif: Arif nak tunggu kat luar..

Cik Awa: Terpengaruh dengan drama Melayu la ni...

................................................................

Nisa': Cik Awa, nantikan Dr potong perut ibu, kopakkan lepas tu keluarkan baby.

Cik Awa: Apa?

Nisa':Eh.. bukan, Dr potong, koyakkan lepas tu keluarkan baby

Cik Awa: Apa tu? Bersalin? Mana kakak tahu?

Kak Yati: Dia tengok kat Medic TV

..............................................................

Cik Awa: Nisa' kan, dia tengok Medic TV yang orang bersalin tu, lepas tu dia cerita kat aku.

Kakak: Balkis pun, lepas tengok tu dia kata, Mak, cepatlah pegi hospital, keluarkan baby tu

2 half ladies and a half men

effa, im dan kakak icak bergaya dengan t-shirt 3 10 ringgit yang cik awa belikan di Kuching.
im dan effa sebaya, nisa tua setahun. effa pernah keliru yang mereka bertiga adalah adik beradik. sebab tu effa panggil abah dia cik abu. abang aip dan kak yati pulak dia panggil ibu dan ayah. im ialah fav cousin effa. diaorg ni macam orkid dgn mokhsin. mana-mana im pegi, effa mesti nak ikut

kakak icak pakar sakit puan

"ibukan, dah nak bersalin", nisa' membangkitkan cerita
"iye? bila?"
"nantilah bulan 7"
"tapi sekarang dah bulan 8 dah". nisa' buat muka tak faham (memang tak faham pon)


"bersalin tu apa kak?". saja cik awa nak tahu setakat mana kak icak tau tentang bersalin. heheh
"bersalin tu, keluar baby dari perut ibu.. cik awa tanyalah cikgu cik awa"
"tanya apa?"
"bersalin tu keluar baby ke tak"
"hmmm.."


"kakak nak adik lelaki ke perempuan?"
"lelaki dengan perempuan lah"
"mana boleh keluar banyak-banyak, kan satu-satu je. kakak nak lelaki ke perempuan dulu?"
"nanti ibu bersalin, perempuan, lepas tu ibu makan lagi banyak-banyak sampai perut ibu besar, lepas tu keluar lelaki pulak"
"oo.. gitu ke?.. hehehehe"

mari belajar bahasa Inggeris

entah apa yang kelakar sangat, dari muka surat 1, effa asik ketawa je bila cik awa bacakan buku Litte Red Riding Hood. Rupa-rupanya....

"Satu hari, nenek Little Red Riding Hood jatuh sakit. Terbaringgg je atas katil. Little Red Riding Hood pon tolonglah emak dia buat kek untuk nenek"

"hahahahahaaa haaa.. cik awa ni kelakar la... baca melayu pulak, bacalah inggeris!"

"adoii... "

.............................

"lain kali cik awa belikan effa buku binatang-binatang pulak ek!"

"ok"

"cik awa ada duit tak?"

"hmmmm.... effa nak bagi duit ke?"

cik awa, lembu dan cikgu



cik awa: siapa nama dia ni fa?
effa: cow
cik awa: anak siapa ni?
effa: anak lembulah [nada boring.. malas nak layan agaknya]
cik awa: oo.... mak dia mana?
effa: mak dia pegi sekolah
cik awa: pegi sekolah? err.. mak dia cikgu ke?
effa: yelah.. macam cik awa![effa teruja tiba2, sambil sengih2]
cik awa: hahahaah.. cik awa bukan macam lembulah.. eh.. cik awa bukan cikgu lah!


p/s: effa belum pernah dengar lagi peribahasa 'bodoh macam lembu'.

Salam-salam cara Balkis

Balik kampung minggu ni, Cik Awa culik Balkis. Cik Awa umpan nak bawak Balkis makan durian di rumah buyut. Balkis setuju. Kakak masukkan 2 pasang baju dalam beg. 1 malam saja. Esok Cik Awa akan hantar balik semula. Qayyum menagis, Arif merajuk. Balkis saja yang ikut. Sayang... bukan Cik Awa tak nak bawak.

Iffa sambut Balkis sambil sengih-sengih. Maghrib tu, Balkis dan Iffa solat jemaah dgn Cik Awa. Sambil borak-borak, Balkis dan Iffa ikut apa Cik Awa buat. Sampailah selesai rekaat ketiga. Balkis dan Iffa masih bercakap-cakap bila Cik Awa beri salam. Kemudian, cepat-cepat Balkis beri salam juga. Kanan dan kiri.

Balkis bersalam, cium tangan. Balkis pegang muka Cik Awa. Dia cium pipi. Kanan dan kiri. Cium dahi. Cium mata. Kanan dan kiri. Cium hidung dan akhir sekali cium bibir. Iffa melompat-lompat, teruja nak tiru apa Balkis buat. Iffa bermula. Balkis perhati. Iffa bersalam, cium tangan. Cium merata-rata muka Cik Awa ikut suka. Selesai.

"Iffa! Iffa belum salam mata lah!" , Balkis.

Anak-anak kakak


Tak tahulah, Adibah tu terkenan spiderman ke cicakman. Mungkin juga terkenan semangat menteri perempuan yang pegi Everest tu. Adibah suka benar memanjat-manjat. Satu hari dia panjat gerobok TV. Abang-abang dan kakak dia menonton Sponge Bob mungkin. Balkis yang mula-mula perasan, Abidah dah hampir sampai ke tujuannya.

Mak!! Adibah panjat!!

Kakak meluru dari dapur, jerit pada Iqbal supaya turunkan Adibah, tapi Iqbal tak sampai. Akhirnya Adibah jatuh sendiri sebelum kakak sempat menyambut dia.

Dengar sini semua, ayah balik nanti diam-diam aje, jangan cerita dengan ayah adik jatuh tau!


* Kak, ko jangan risau, aku rasa bila abang zul baca cerita ni mesti adibah dah beso tanpa ada cacat cela :P

Esok kenduri, mari kita balik kampung

Malam ni, lepas kerja Cik Awa terus balik kampung. Esok mak buat Yasinan. Budak-budak kenit 14 orang semua akan balik juga, Insyaallah. Malam ni Cik Awa ke Air Baloi dulu, jemput kakak. Adibah, Qayyum dan Balkis tentu ikut sekali. Abang Zul balik esok sebab Iqbal dan Ariff ada kelas tambahan.

Gegak gempitalah rumah mak nanti. Bersusunlah tilam depan TV. Kalau tak muat boleh tidur kat belakang, dapur baru mak yang baru siap tu.

Bila budak-budak kenit berhimpun, Effa akan keluarkan semua stok mainan dia. Kejap-kejap gaduh. Kejap menangis, kejap ketawa. Makan meriah, solat jemaah. Mungkin tahlil juga kalau kesempatan seperti selalu.

Kalaulah abah ada bersama,...

Encik Ariff Si Peguam Bela

Beberapa tahun dulu waktu Ariff belum sekolah dan belum bersunat

"Arif kenapa ngompol (kencing malam) lagi, penat mak nak basuh tau.."

"Bukan Ariff la mak, ayah la.. Arifkan kencing dulu sebelum tidur ayah tu yang tak kencing dulu"

Mat saleh vs Ndok jawa

Aku, mak dan eha masih duduk2 di atas sejadah lepas solat maghrib bila Imran datang menghampiri kami. "Cik awa, kita dah tak nak main game, kita nak balik!". "Salam dulu sini.." aku lambai pada Im. "Tak nak!!" Im terus lari turun bawah. Kemudian Kak Yati dan Nisa' pulak datang pamitan dengan mak.

Aku dan Eha sonsong Abg Aip sekeluarga sampai anjung. "Babai.. babai!" Im laung dari dalam van. "Babai babai pulak, salam tak nak! nak jadi mat saleh ke?" Aku jerit pada Im. Im jerit balik pada aku, "Babai JAWA!!!"

p/s: Tolong jangan bayangkan macammana aku gelak. Berterabur gigi hehehe. Im baru 4 tahun, bila bercakap pekat slang Jawa dia. Suka cakap ikut sedap mulut. Sambil sengih-sengih pulak tu. Tengok muka je dah tau dia budak nakal, suka sangat mengusik. Aku kata dia budak jawa yang urung jowo. Suka berlagak garang. Bila tanya kenapa garang-garang, dia jawab "mestilah.. kita nak jadi polis, lepas tu askar, lepas tu polis balik". Aduhai Im.. Im..

melawat rumah nenek effa yang banjir (gelombang kedua)

kata effa tentang banjir di rumah nenek.

...rumah nenek tsunami!!!
...ifa tolong cik apis angkat tilam naik atas! kuat!!
...cik zura tanam cendawan kat bilik mama! (ini lepas banjir)


cik awa, cik ani, nyai, abang iqbal, abang arif, qayyum dan balkis melawat rumah nenek effa..

Kecik2 dah cop pusaka



Rajinnya abang iqbal dan arif mengecat kasut! ....................................

Mak bapa mana yang tak suka kalau anak bercita-cita tinggi dan mampu pandang jauh ke depan?

Iqbal: Mak, ayah nanti kalau mak dengan mak dah meninggalkan, tanah rumah ni ada lagi kan? Iqbal tak nak rumah ni, mesti dah buruk. Iqbal nak tanah dia aja. Iqbal nak jual, boleh dapat banyak duit kan ayah?

Kalau anak kau, kau nak jawab apa?

Daftar cucu-cucu Wak Diran dan Kak Yah setakat 18 Mei 2007

Teruk betul cik awa, hangat-hangat tahi ayam. Nampaknya kena polish balik. Dah dekat setahun blog ni rupanya. Budak-budak kenit dah semakin membesar dan semakin ntah apa-apa perangai.Untuk permulaan kali ni, ini dia daftar cucu-cucu mak dan abah yang terbaru. Dah bertambah seorang dan sedang menunggu 2 lagi kelahiran :)

Dari keluarga kakak dan abg zul
1. Mohd Iqbal,9
2. Mohd Ariff,7
3. Balkis Zulaikha,2
4. Abdul Qayyum,3
5. Zulfa Adibah,1.5
6. <.....> -4 bulan

Dari keluarga abg aleh dan kak yati
1.Abdul Halim Hakim,11
2.Siti Sofiah,10
3.Imaddudin Zaki,6
4.Ahmad Syamil,1
5.Mohd Fateh

Dari keluarga abg aip dan kak yati
1. Khairunnisa',5
2. Mohd. Khairil Imran,3
3. <......> -6 bulan

Dari Keluarga abg aip dan kak mala
1. Iffah Izzati,3
2. Irfan Izzudin, 1 bulan++

wah... nampaknya raya tahun ni kena sediakan duit raya dan hadiah lebih lagi...