kakak icak pakar sakit puan

"ibukan, dah nak bersalin", nisa' membangkitkan cerita
"iye? bila?"
"nantilah bulan 7"
"tapi sekarang dah bulan 8 dah". nisa' buat muka tak faham (memang tak faham pon)


"bersalin tu apa kak?". saja cik awa nak tahu setakat mana kak icak tau tentang bersalin. heheh
"bersalin tu, keluar baby dari perut ibu.. cik awa tanyalah cikgu cik awa"
"tanya apa?"
"bersalin tu keluar baby ke tak"
"hmmm.."


"kakak nak adik lelaki ke perempuan?"
"lelaki dengan perempuan lah"
"mana boleh keluar banyak-banyak, kan satu-satu je. kakak nak lelaki ke perempuan dulu?"
"nanti ibu bersalin, perempuan, lepas tu ibu makan lagi banyak-banyak sampai perut ibu besar, lepas tu keluar lelaki pulak"
"oo.. gitu ke?.. hehehehe"

0 comments: