Sapa paling pandai baca doa

Black out!

Jadi budak2 kecik pon berhenti main. Masing2 dah terbaring, bersimpang siur atas tilam depan TV. Nyai dan Cik A masih sibuk isi beras dalam kelongsong lontong. Lusa Hari Raya Korban.

"Bismikallah humma ahya wa amut" Balkis baca doa tidur.

Berderailah puji2an utnuk Balkis. Nyai, Cik A, Cik Awa, Abah dan Mama Effa semua tunjuk kagum.

Effa terkebil2 tak puas hati. Effa mana mahu kalah. Effa mesti baca doa yang lebih hebat, yang lebih panjang.

"Allah humma inni a u zubika minal habsi wal habais"

Berderai ketawa Nyai, Cik A, Cik Awa, Abah dan Mama Effa.

- Effa nak tidur kat bilik air ke? hahaha

0 comments: