"Cik Awa, Bakis kan sebenarnya kan ada dua emak. Dulu dulu kan Bakiskan bukan duduk dengan emak Maznah. Lepas tu kan, emak Bakis tu kan rumah dia kan dekat sebelah sekolah. Lepas tu kan, Bakis main-main dekan depan rumah kan, lepas tu kan, Bakis kena culik. Lepas tu baru Bakis jadi anak Maznah"
Ketawa besar Cik Awa dengar cerita Balkis, Nisa kebil2 mata, tak berapa faham kot. Entah apa-apa la imaginasi si Balkis ni. Emak dia lagi satu tu sebenarnya penjaga dia masa kecik-kecik, memang orang tu dah sayang sangat kat dia macam anak sendiri. Sampai jadi anak angkat.
Bila Cik Awa berdua je dengan Nisa, Nisa pun bertanya "Cik Awa, Balkis tu ada dua mak ek? Entah2 ayah dia ada emak lain tak?..."
Hahahaha... manalah budak2 ni dapat idea mengarut ni.. hadoii..
Posted by
sitinurulhawa
Sunday, December 21, 2008
at
7:00 PM
"Effa tak takut ke kalau malam-malam anak patung tu hidup?" "Tak lah, mana ada bateri"
Adoiiii!!! kenapalah masa kecik2 dulu Cik Awa tak tau nak jawab macam tu. Memang percaya je bulat2 orang cakap bila malam anak patung akan bernyawa. Bijak betul Effa :)
Entah bebera kali dah Balkis baca doa. Tapi masih tak tidur2. Cuitmen cuit dengan Effa, kemudian ketawa
Malam tu rumah nyai tak ada karen.
"Ya Allah, jangan hidup dan jangan mati.. " "Ha!!" Cik Awa , Cik A, Nyai haa kan Balkis beramai-ramai. Ketawa lagi. Asyik ketawa je, bilalah nak tidur ni.
"Tak hidup, tak mati, pengsan ke?" sapa tah yang tanya Balkis, tapi Balkis buat tak tahu atau memang tak tahu nak jawab.
"Arip yang ajar" Balkis menyandarkan salah pada Arif hehe.
Cik Awa bisik pada Balkis, "Ya Allah dengan namamu aku hidup dan mati". Balkis kumat kamit. Entah mengulang entah mengejek. Balkis lima tahun, dia tak faham maksud doa tu.
Jadi budak2 kecik pon berhenti main. Masing2 dah terbaring, bersimpang siur atas tilam depan TV. Nyai dan Cik A masih sibuk isi beras dalam kelongsong lontong. Lusa Hari Raya Korban.
"Bismikallah humma ahya wa amut" Balkis baca doa tidur.
Berderailah puji2an utnuk Balkis. Nyai, Cik A, Cik Awa, Abah dan Mama Effa semua tunjuk kagum.
Effa terkebil2 tak puas hati. Effa mana mahu kalah. Effa mesti baca doa yang lebih hebat, yang lebih panjang.
"Allah humma inni a u zubika minal habsi wal habais"
Berderai ketawa Nyai, Cik A, Cik Awa, Abah dan Mama Effa.
Cik awa belikan Iffa, Balkis dan Nisa buku cerita. Sebab buku2nya sama, Cik awa suruhla tuliskan nama supaya tak tertukar. Jom kita tengok macammana diaorg tulis nama
Khairunnisa, 7 tahun
Iffah Izzati, 5 tahunBalkis Zulaikha, 5 tahun
Posted by
sitinurulhawa
Monday, December 08, 2008
at
5:37 PM
Sebelah kerusi lama tu ada meja solek. Kerusi tu lama. Set sofa pertama yang yai beli. Cik awa ingat org kedai hantar malam2. Waktu tu wak mi dan yai sarmat masih ada bersama kami.
Kerusi seti kayu yang bantalnya empat segi, duduknya sebelah meja solek sekarang. Sebab rumah nyai tinggal separuh, separuh lagi sedang dibaiki.
Effa, panjat kerusi, panjat lagi dan bertapak pada tempat lengan. Menghadap meja solek pada sisi kiri. Tangan kanan berpaut pada tiang meja solek. Tangan kiri mencapai bilah rotan di atas meja solek yang langsung tak ada alat2 solek. Sekarang Effa sama tinggi dengan cermin meja solek.
Tuk! tuk! tuk! hujung rotan bertemu cermin. "Tengok sini semua!" Effa memulakan lakonan "Yang belakang tu..." Tangan kiri effa lurus tegak, seolah2 ada orang yang ditunjuk dengan rotan tadi. "Tengok sini!!" Tuk! tuk! tuk! hujung rotan bertemu cermin lagi.
Cik awa keluar dari bilik. "Amboi! garangya cikgu?"
Posted by
sitinurulhawa
Wednesday, December 03, 2008
at
8:31 PM
Bab 1: Bila ayah cedukkan lauk emak, Baklis kata, "Ayah tu, cinta mak la tu!"
Bab 2: Bila nyai tunjukkan gambar pengantin ayah dan emak, Balkis tersengih2, "Oooo.. ayah dengan mak dah jadi pengantin laaa..........". Balkis tak faham kenapa dia tak pernah hadir dalam majlis tu.
Bab 3: Bila mak panggil "Ayahh!!", Balkis tegur emak, "Mak, mak kan dah kawin dengan ayah, janganla pangil ayah. Mak kenalah panggil abang!"
Posted by
sitinurulhawa
Monday, December 01, 2008
at
5:38 PM
Ingat tak iklan ANMUM yang budak2 sambungkan perkataan "BUAH" dan "HATI" jadi "BUAH HATI" (wardina berlakon)
Irfan, pun minum susu yang sama dengan budak dalam iklan tu. Agaknya susu tu ada special ingredients yang boleh buat budak2 bijak sambungkan 2 benda jadi 1 benda. Meh kita ligat apa yang Irfan sambungkan
ya!!! ini dia, ciptaan terbaru Irtfan, motor plastik + kerusi plastik jadilah loe sawit (lori pengangkut kelapa sawit)
jom tengok macammana lori tu bergerak.. (sila abaikan suara latar belakang yang tak terkawal tu hehe)
Posted by
sitinurulhawa
Sunday, November 09, 2008
at
10:11 PM
Satu malam yang entah bila, Effa sekeluarga dalam perlajanan dengan kereta. Effa duduk sorang-sorang dibelakang. Main sorang2.. biasalah, dia memang kuat berimaginasi..
Tiba2 Effa ketawa dengan kuatnya..
"Effa ketawa dengan sapa tu?" tanya mama (kak mala) dari tempat duduk depan. "Kawan Effa", effa selamba "Mana? " mama menduga "Sebelah Effa", masih selamba "Kawan Effa pakai baju apa?" mama konon nak usik Effa, abah (abg abu) gelak2 kecil. "Putih..."
Mama dan abah terus diam. Abah jeling cermin pandang beakang, nampak biasa je. Abah buat-buat cool dan terus memandu. Dalam hati tuhan je yang tahu.
Posted by
sitinurulhawa
Thursday, November 06, 2008
at
5:12 PM
Sekarang jarang2 kita dapat jumpa. Cik Awa selalu rindu dengan budak-budak kenit. Blog ni, pon, dah lama tak berusik. Sebab rindu Cik Awa nak mulakan semula. Ini azam ramadhan, semoga sesiapa yg datang ke blog ni doakan kenit2 sekalian jadi anak soleh dan solehah dan jadi warga berguna.Aminn
Wonder Pet! wonder Pet! Kami datang Membantu haiwan yang kesusahan Kami tak besar dan kami tak kuat Bila kerjasama, semua jadi mudah Wonder Pet, YEAY!!!
Posted by
sitinurulhawa
Tuesday, July 22, 2008
at
2:16 AM